Bukan Semut nak membesar - besarkan sangat nama Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru ni. Tapi apa yang dia tulis mengenai isu murtad ni ada asas yang kukuh.
Malah sebelum ni, Semut dah siarkan sebahagian dari artikel dia mengenai isu tersebut yang dipetik dari blog dia sendiri.
Kalau korang nak tau, Zulkifli Noordin ni bukan baru ini dia nak perjuangkan isu murtad ni sebenarnya. Dah lama dah dia buat kerja ni.
Hari tu pun, Semut dah siarkan satu video mengenai penentangan dia dengan PAS mengenai isu yang sama. Nak tengok video tu, klik pada link dibawah nanti.
Jadi, memang selayaknya dia juga turut mengetuai demo bantahan mengenai isu yang sama di hadapan Pejabat SUK Selangor pagi nanti.
Nak tengok jugak. Apa reaksi Si Khalid Gagap selepas dua kali Pejabat dia digempur dengan bantahan seumpama itu dalam tempoh seminggu ni.
Saat yang paling dinanti - nantikan ialah mengenai respon Si Khalid Gereja berhubung dengan isu ini. Tak ketinggalan juga persoalan mengenai pendirian Pemuda PAS Pusat.
Adakah mereka akan turut serta dalam bantahan yang bakal diadakan nanti? Sama - sama kita nantikan perkembangan seterusnya nanti.
mohon sebaran umum.
isu gereja dan sokongan berbelah bahagi pakatan terhadap pemurtadan umat islam akan mendapat tentangan luar biasa esok.
demonstrasi bantah pakatan dan menyokong JAIS akan diadakan selepas solat jumaat esok.
lokasi di masjid negeri shah alam.diketuai oleh zulkifli nordin.
sebarkan melalui email,sms,twitter,fb dan blog !
Ps: Klik kat sini kalau korang nak tengok video tu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.