Jumaat, Ogos 12, 2011


SETIAP tahun, ibadat puasa sepanjang Ramadan memang dinantikan penyanyi muda sedang mencipta nama, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau Ana, 26 tahun.

Selain dapat beribadat, kehadiran bulan mulia itu turut membuka ruang kepadanya untuk menikmati hidangan istimewa yang hanya dijual di bazar Ramadan. 

Ana sangat teruja setiap kali Ramadan tiba kerana berpeluang membeli juadah berbuka dan bazar yang menjadi pilihannya adalah Bazar Ramadan Taman Melawati kerana ia berhampiran dengan rumahnya. 

“Boleh dikatakan saya membesar dengan Bazar Ramadan Taman Melawati sebab dari kecil hinggalah sekarang, ia menjadi pilihan saya. Zaman kecil dulu, saya dibawa ibu dan ayah ke sana dan apabila sudah besar, saya sering ke sana bersama rakan sebaya.

“Sememangnya ia menimbulkan kenangan manis buat masa. Dulu, kalau dapat mengunjungi Bazar Ramadan memang seronok sebab bila tengok pelbagai kuih-muih yang dijual membuatkan rambang mata.

“Seharian berlapar, apabila tengok orang jual kuih atau ayam panggang, rasa nak makan semua. Mak dengan ayah pula kerana kasihankan saya yang berusaha berpuasa, akan membelikan apa saja kuih atau makanan yang saya hajati,” katanya. 

Apabila sudah dewasa dan bergelar penyanyi, lain pula caranya. Kata Ana, masanya untuk mengunjungi Bazar Ramadan agak terhad kerana sibuk dengan kerja rakaman di studio di samping memenuhi jemputan untuk berbuka puasa. 

“Mujur sekarang ini ada Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah yang betul-betul hampir dengan rumah. Bazar baru ini diperkenalkan tahun ini oleh jawatankuasa masjid. Ia dilaksanakan secara kecil-kecilan. 

“Walaupun kecil, semua benda yang saya suka ada seperti nasi kerabu, air kelapa muda, ayam golek dan kuih-muih. Lebih penting, hendak letak kereta pun mudah dan tidak ramai orang, jadi tidak perlu berebut,” katanya. 

Jelas Ana lagi, dia senang sewaktu pertama kali mengunjungi Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah kerana banyak wajah dikenali seperti jiran tetangga yang turut berniaga. 

“Saya ke sana untuk memberikan sokongan kepada mereka. Saya puji sikap mereka berusaha untuk mencari rezeki lebih di bulan puasa ini. Kata orang, selain beribadat, Ramadan juga adalah bulan rezeki bagi ramai orang. Walaupun Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah masih baru, saya lihat sambutan diberikan orang ramai sangat menggalakkan,” katanya. 

Menceritakan pengalamannya sewaktu pertama kali mengunjungi bazar Ramadan itu, katanya dia berasa lucu dan tidak kurang juga gembira apabila ramai yang berniaga di situ mengenalinya turut memberikan diskaun terhadap juadah yang dibeli. 

“Syukur apabila mereka mengenali saya. Saya turut berbesar hati apabila diberikan harga murah sewaktu membeli juadah di gerai mereka. Sampai begitu mereka menghargai saya dan benar-benar membuatkan saya terharu serta berterima kasih kepada mereka,” katanya. 

Apabila ditanya tidakkah dia merindui bazar Ramadan Taman Melawati yang sering dikunjungi sebelum ini, kata Ana dia berasa kurang selesa untuk membeli di sana kerana keadaan yang begitu sesak. Tambahan pula juadah yang mahu dibeli selalunya habis lebih awal. 

“Lagipun, saya sebenarnya agak sensitif dengan asap dan apabila bersesak saya susah hendak lari. Tidak seperti Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah yang tidak berapa sesak. Apabila lalu ke gerai sedang memanggang, saya senang nak lari atau mengelak. Apa pun saya berasa sangat bertuah kerana banyak bazar Ramadan di sekitar rumah,” katanya. 

Kata Ana, dia sangat menggemari gerai nasi kerabu putih yang dijual di Bazar Ramadan Masjid Al-Hidayah kerana masakannya rasa seperti dimasak di rumah sendiri. Selain itu dia juga suka puding karamel dan ayam golek istimewa yang turut dijual. 

“Walaupun bukan hari-hari saya membeli di bazar terbabit, bolehlah dikatakan kerap juga terutama membabitkan kuih- muih bagi melengkapkan hidangan berbuka selain masakan ibu yang tiada tandingannya,” katanya. - Sumber HMetro.

Ps: Syukuri nikmat Allah S.W.T.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping