Bila baca kenyataan yang dikeluarkan dek Din Pudu ni, nampak sangat macam dia tengah 'lalok' macam orang yang tak sedarkan diri.
Ke memang dah menjadi kebiasaan buat puak - puak Paarti Angguk Saja ni bercakap tidak mengikut kesedaran mengenai pa yang dikatakannya?
Diorang bercakap nampak sangat tak fikir dengan kepala otak. Semuanya pakai Kepala Lutut gamaknya. Macam orang tak pergi sekolah pun ada jugak.
Kononnya dia nak sindir Tun Dr. Mahathir agar kembali jadi PM yang telah memberikan nasihat kepada Perdanan Menteri Malaysia mengenai Pilihan Raya akan datang.
Kata dia, jika pemimpin Veteran itu mahu mempertikaikan saranan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang, maka tindakan tersebut perlu diambil.
“Kalau apa yang kami katakan hendak disindir, maka kami cadangkan Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri dan kami persoalkan apa hak Dr Mahathir untuk menasihatkan agar Datuk Seri Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub
Sebelum ini, Tun menyatakan bahawa hak menentukan Pilihan Raya adalah merupakan hak pihak Kerajaan dan ianya tidak memerlukan sebarang perbincangan.
Nampak sangat Si Din Pudu ni pedih telinga bila dia kena sindir macam tu. Nak jadi pemimpin macam mana kalau sebab itu pun dia nak marah - marah?
Belum jadi pemerintah lagi, dah nak naik angin secara membabi buta. Esok, KALAU diorang dah dapat kuasa, lagi la. Apa yang rakyat cakap pun diorang buat pekak badak je.
Selain daripada itu, Si Din Pudu jugak turut menyatakan bahawa idea yang dilontar oleh mereka sebelum ini adalah bagi tujuan untuk menjaga kebaikan rakyat.
Nak jaga kebaikan rakyat la sangat. Padahal diorang dah mula takut dengan penolakan rakyat terhadap Pakatan yang semakin hari semakin terserlah kebodohannya tu.
Jadi, untuk menyelamatkan kedudukan masing - masing, diorang buat la cadangan seumpama itu semata - mata untuk menyelamatkan diri sendiri.
Semuanya sebab gila kuasa je. Bukannya nak jaga kebajikan rakyat sangat pun. Apa, dia ingat rakyat tak tau ke perkara ni? Ingat rakyat bodoh sangat macam diorang?
Yang paling kelakar sekali ialah apabila Din Pudu ni keluarkan kenyataan seperti dibawah yang memang nampak sangat kebodohan diri dia sendiri:
“Apa salahnya kami beri pandangan ini?” soal beliau lagi.
Habis, yang dia pertikaikan apa yangdikatakan oleh Tun Dr. Mahathir tu menda kejadahnya? Apa salahnya Tun bagi pandangan dia terhadap idea dia sebelum ini?
Adakah dia rasa hanya Pakatan Pembangkang tu sahaja yang boleh bagi idea dan orang lain tak boleh buat benda yang sama? Itu ke yang dinamakan sebagai Kebebasan?
Bila dia pertikaikan orang lain boleh, tapi bila orang lain pertikaikan dia tak boleh pulak. Kebebasan Kepala Tengkorak Dia kalau macam tu!!!
Pada Pandangan Saya:-
BalasPadamPAS telah terpesong jauh dari wadah perjuangan parti tersebut ditubuhkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
Pemimpin-pemimpin PAS masa kini telah "merasai" apa yang pemimpin-pemimpin UMNO "rasai" dahulu iaitu kuasa dan sokongan berbilang kaum.
"RASA" ini akan menjatuhkan mereka bagaimana UMNO jatuh pada PRU 12 yang dahulu.