Khamis, September 15, 2011


Ya!!! Nampak gayanya, penerangan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat ni kembali membakar diri secara tidak disedarinya.

Apa yang diluahkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ni secara tidak sengaja turut mencalar imej Mat Syabun yang KONONnya dibeduk sebagai Singa Pas itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Tuan Ibrahim yang jugak dikenali sebagai Pak Berahim ni mencabar Tan Sri Muhyiddin untuk berdebat dengan Mat Syabun.

Kata dia, penganjuran debat itu adalah berbentuk ilmiah dan bersifat terbuka kepada rakyat secara keseluruhannya.

Atas sebab itu, Pak Berahim kata, mana - mana pihak tidak perlu takut untuk memenuhi pelawaan debat berkenaan.
“Debat yang dicadangkan berbentuk ilmiah, dan bukan untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. 


“Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat,” katanya, semalam.
Jadi, secara tidak lansung, Pak Berahim ni turut menyatakan bahawa Si Mat Syabun tu pun tak berani nak sahut cabaran yang dikeluarkan oleh Khairy sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri pernah menyatakan bahawa beliau sanggup untuk berhadapan dengan 'Singa PAS' itu walaupun ianya diadakan di 'sarang' mereka sendiri.

Tapi kenapa pulak Mat Syabun tu takut nak sahut cabaran tersebut dan sebaliknya dia hanya memberikan alasan yang bukan - bukan?

Perkara itu jelas dinyatakan oleh Pak Berahim sendiri. Debat ni berunsurkan ilmiah dan bersifat terbuka kepada rakyat. Kenapa perlu Mat Syabun takut nak menyahutnya?

Dia sebut tu jelas dan dinyatakan secara terbuka. Dia bukan maksudkan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pun UMNo secara spesifik. Tetapi merujuk kepada mana - mana pihak.

Atau adakah tindakan Pak Berahim melalui kenyataan dia semalam adalah sekadar mahu menyindir Mat Syabun itu semata - mata? Dia nak kata Mat Syabun tu penakut jugak ke?

Itulah. Orang dah kata. Cakap siang, pandang - pandang. Cakap malam, dengar - dengar. Maknanya, orang suruh berhati - hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Lain kali fikir dulu apa yang nak dikatakan. Jangan cakap ikut sedap mulut je. Kan dah tak pasal - pasal kena batang hidung sendiri. Baru Padan Muka Diorang!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Debat ILMIAH dengan Mat Sapu? Teman dok fikir ni.... ilmiah...ilmiah..mat sabu..hmmm

    BalasPadam
  2. Mamat ni bukan singa PAS tapi Ular Pas ...lidah nakal selalu nak katak aje pantang lepa..orang punya pun di ngap!

    Debat tak payah ler... standard dia sama nik ajis tak pandai debat atau dilog berilmiah dan disiplin ilmu jauh sekali....

    Bila cakap.. orang mesti dengar tak bolih bangkang..bukan pasal dia tepat tapi tak reti nak bahas cara ilmuan...sebab tu ceramah dua dua ni ...hebat secara mono...tak banyak silap dan fitnah agama...berlaku...

    Berbalik simamat ni...aku nak cakap sikit...Paku dulang paku serpih...mengata orang diri yg lebih..

    Baik Anwar sikit dari dia...sebab Anwar pakai duit sendiri Tapi dia pakai duit Tong Pas yg orang derma...

    Hperancis

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping