Rabu, September 14, 2011

"Sapa Berani Kacau Bos, Aku Baling Dengan Kayu Ni!!!"
Halamak!!! Apa nak jadi la dengan Ketua Anak Muda Kecoh (AMK) Si Sam Ketot sekor ni ye? Dia pandai sangat nak 'back-up' Bos dia sampai diri sendiri ditonjolnya.

Si Sam Ketot ni katanya cuba untuk menjadi 'Jaga Bontot' yang setia kepada Si Ketua Penipu itu apabila dia membidas dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mohd Johari Baharom.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Berita Harian semalam, Timbalan Menteri Asas Tani itu mendakwa Si Ketua Penipu itu sengaja melengah - lengahkan kes liwatnya di Mahkamah.

Maka, sebab itulah Si Sam Ketot ni tampil dan cuba membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Johari sebelum ini. Kata Sam Ketot:
“Johari Baharom tidak faham undang- undang dan kenyataan itu adalah kenyataan yang lahir daripada pengetahuan yang cetek tentang perkembangan kes dan juga undang-undang itu sendiri. 
“Dalam kes ini tidak timbul istilah Datuk Seri Anwar memohon penangguhan dan terdapat layanan istimewa dan sebagainya. Prosedur yang diikuti ialah prosedur yang telah ditetapkan undang- undang. 
Dan tidak ada satu pun kita lihat layanan yang istimewa misalnya dibebaskan tanpa bayaran ikat jamin dan sebagainya,” katanya. 
“Pada saya kenyataan Johari Baharom boleh dikenakan satu tindakan atau dituduh sebagai menghina mahkamah kerana perbicaraan sedang berlangsung dan Datuk Seri Anwar pun ketika memberi percakapan daripada kandang tertuduh di hadapan hakim, hakim sendiri pun tidak mengambil sikap untuk melakukan pendakwaan menghina mahkamah terhadap beliau,” tegasnya.
Uik!!! Yang dia pandai - pandai je buat spekulasi mengenai perbicaraan kes tu diluar Mahkamah apa pasal? 

Tak menghina mahkamah pulak kalau dia pertikaikan perkara tersebut? Dia sepatutnya lebih tahu bahawa tindakan dia tu sendiri dah boleh dikira sebagai menghina mahkamah.

Dah memang itu pun taktik yang digunakan dek Ketua Penipu tu, dia nak kata tidak menda kejadahnya lagi. Rakyat Malaysia ni bukannya buta.

Kalau orang lain yang dibicara dalam kes yang sama, tak de pulak sampai 60 KALI diberikan penangguhan. Tak ke itu 'Layanan Istimewa' namanya?

Katanya, Si Sam Ketot ni juga merupakan seorang Peguam. Tapi, kenapa Si Ketua Penipu tu tak ambik dia jadi sebahagian daripada barisan Peguam dia dalam kes liwat ni?

Adakah ianya disebabkan Si Ketua Penipu tu kurang yakin serta tak mampu memberikan sepenuh kepercayaan kepada Ketua Anak Muda Kecoh yang Ketot ni?

Mungkin itulah sebabnya. Apa sahaja yang Si Ketua Penipu tu suruh sebelum ini pun, semuanya GAGAL dilaksanakan oleh Si Sam Ketot ni.

Suruh halang Datuk Shazryl Eskay angkat sumpah pun dia GAGAL. Inikan pulak nak jadi Jaga Bontot Si Ketua Penipu tu dalam Mahkamah. Lagi la dia tak reti.

Tapi, apa pun, Si Sam Ketot ni hanya berani bercakap apabila dia berada depan kamera dan depan penyokong kuat dia je. Kalau depan orang lain, tak berani de. Itu pasal la dia sampai terkencing dalam seluar hari tu!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. kalaulah sam ketot menjadi peguam bela dah awal dah sisesumpah masuk pudu jail dan sam ketot pasti masuk umno. sebabnya mudah sahaja sisesumpah terpaksa bercerita perkara sebenar tentang fakta di tempat kejadian kepada peguamnya kerana dari sinilah setiap peguam akan melihat kekuatan dan kelemahan fakta kes yang ada untuk berhujah di mahkamah nanti, sebagai orang islam sejahat mana pun dia, dia akan ingat tanggungjawab selepas mati nanti apabila dipersoalkan kepadanya mengapa dia membela seseorang yang telah melakukan dosa yang maha besar itu, tentu ini membuatkan sam ketot sedar dan insaf dan tidak akan mempertahankan sesumpah. ini amat ditakuti olih sesumpah, takut sam ketot belot. selagi sam ketot tidak tahu perkara sebenar selagi itulah dia akan menjadi alat yang amat berguna buat sesumpah.

    BalasPadam
  2. Si Ketot ni loyar ka..? Kalo dia loyar.., apasal tokey dia tak lantik si Ketot ni jadi loyar dia..?

    Pelik gak...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping