Jumaat, September 02, 2011


Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Gerakan Anti Lynas di Gebeng yang disiarkan dalam portal Pro Pembangkang di Pahang.
"Mereka tidak boleh membuat keputusan bagi pihak penduduk yang menetap di situ sejak turun-temurun. Begitu juga birokrat dan ahli politik yang duduk nun jauh,"
Adakah Si Tan Bun Teet ni sedar bahawa Si Fuziah 'Reaktor' yang sibuk dok balun pembinaan kilang Lynas ini bukan merupakan penduduk dikawasan Gebeng?

Malah dia bukan Ahli Parlimen bagi kawasan tersebut. Jadi, apa hak Fuziah untuk mempertikaikan mengenai pembinaan kilang Lynas ni?

Kenapa, sehingga hari ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang dipilih sebagai wakil kepada rakyat dikawasan tersebut masih mendiamkan diri?

Jadi, apa hak Si Fuziah tu ada untuk membuat keputusan bagi pihak penduduk yang menetap disitu sejak turun temurun sedangkan dia ahli Politik yang duduk nun jauh?

Perkara tersebut perlu dijelaskan terlebih dahulu kepada penduduk - penduduk di kawasan tersebut kerana terbukti bahawa Fuziah 'Reaktor' tu tidak mempunyai rumah di Kuantan.

Persoalan kedua timbul daripada kenyataan dibawah dimana ianya dilihat mampu memakan diri Si Tan Bun Teet ni semula.
"Kami mendesak pendedahan semua perjanjian, rasmi dan tidak rasmi, antara kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Lynas. Kita berhak tahu berapa banyak pampasan yang perlu dibayar sekiranya projek itu dibatalkan," katanya.
Adakah dengan mendedahkan perkara - perkara tersebut, pihak 'Save Malaysia, Stop Lynas' bersedia untuk membayar pampasan yang dikenakan?

Jika benar mereka ikhlas dan jujur memperjuangkan kepentingan rakyat, maka perkara tersebut perlu dilakukan oleh mereka sendiri.

Ini sebab, diorang yang beria - ia nak sangat kilang tersebut ditutup sedangkan tidak keseluruhan penduduk di kawasan Gebeng bersetuju dengan mereka.

Sebagaimana yang telah didedahkan sebelum ini, salah seorang ahli PAS didalam kawasan Gebeng sendiri sudah dilantik menjadi Panel Kesihatan kepada Syarikat Lynas.

Yang paling penting, Si Tan Bun Teet ni perlu menjelaskan bukti kukuh yang dapat menyokong dakwaan dia berkenaan tahap keselamatan kilang tersebut.

Atas dasar apa dia nak mempertikaikan perkara tersebut? Adakah dia layak untuk mempertikaikan kajian yang dibuat oleh 12 orang ahli pakar dari IAEA sebelum ini?

Atau atas kapasiti apa dia nak mempersoalkan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli mengenai penyelewengan fakta yang dibuat oleh Fuziah?

Kalau betul dia nak kilang tersebut ditutup, nasihat Semut ialah agar dia sediakan dulu duit bagi membayar semula pampasan yang bakal dikenakan oleh pihak Syarikat Lynas ni nanti.

Bukan setakat itu sahaja. Malah dia juga perlu bertanggungjawab untuk mencari pelabur lain bagi menggantikan peluang pekerjaan kepada rakyat disekitar kawasan Gebeng.

Jangan setakat tahu bercakap dan pandai nak mempertikaikan itu ini sahaja. Kalau setakat bercakap, semua orang pun boleh!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping