Ini bukan kali pertama laman WiKiLeaks mendedahkan mengenai perangai Si Ketua Penipu ni. Dah banyak kali dah mereka membuat pendedahan tersebut.
Kalau dulu, Wikileaks mendedahkan bahawa pihak 'inteligent' Singapura mempunyai maklumat dan bukti mengenai penglibatan Anugay dengan kes Liwat.
Tetapi dakwaan tersebut disangkal oleh Si Ketua Penipu ni. Walau bagaimana pun, dia tetap juga nak terima sebahagian laporan tersebut yang ada kaitan dengan Datuk Seri Najib.
Pelik kan? Dia tolak satu bahagian laporan, tetapi dalam masa yang sama, dia terima dan menghebohkan mengenai satu lagi laporan hasil pendedahan Wikileaks.
Kalau dah tak boleh terima sebahagian daripada laporan tersebut, macam mana orang nak percaya sebahagian yang lain?
Kalau dah satu bahagian pun orang dah tak boleh percaya, sebahagian lagi pun orang tak boleh percaya jugak. Apa la bongok sangat Si Ketua Penipu ni ye?
Mengenai isu tu, Semut dah huraikan secara panjang lebar dalam blog ni. Klik pada ruangan 'search' diatas dengan kata kunci "Anwar Menipu". Ada 8 bahagian mengenai isu tersebut.
Kali ini, Wikileaks sekali lagi berjaya mendedahkan pembohongan dan penipuan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu terhadap kepimpinan Negara.
Bloger mymassa hari ini bukan sahaja memberikan penampor dan penerajang Jepun tetapi turut mengebom pemikiran dangkal Pakatan Sosialis Pembangkang dalam isu Altantuya.
Isu Altantuya begitu dekat dan sebati dalam jiwa dan pemikiran Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat sejak dari awal lagi.
Dari Si Ketua Penipu tu sampailah ke balaci - balacinya, kisah Altantuya ini merupakan kisah wajib buat mereka yang sentiasa berzikir dihujung bibir.
Menurut bloger mymassa Wikileaks mendedahkan bahawa kisah mengenai DS Rosmah berada di tempat kejadian adalah tidak masuk akal! Baca di bawah ini:-
http://www.malaysiakini.com/news/174567
Hari itu Si Raja Tikus tu sendiri pun dah mengakui bahawa kisah Altantuya yang dijajanya selama ini adalah fitnah belaka.
Malah YB Zulkfilee Nordin pun pernah menyatakan bahawa versi kisah Altantuya Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat juga adalah pembohongan yang sengaja direka.
Termasuklah segala gambar-gambar yang ada semuanya superimposed DS Najib dengan Altantuya sahaja. Semata - mata untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Najib.
Ingat rakyat tak tau ke semua benda tu? Diorang ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke nak percaya apa saja yang diorang katakan selama ini?
Sekarang dah kantoi, apa lagi yang diorang nak cakap? Apa lagi yang diorang mampu perkatakan? Nak kata laporan Wikileaks ni masih tak betul?
Itu lah. Kuat sangat menipunya. Kan tak pasal - pasal je dah terbelit diri sendiri. Sekarang, Baru Padan Muka!!! Menipu la lagi. Biar semua orang tahu yang kerja diorang ni menipu je kerjanya. Tak de kerja lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.