Mampus... Mampus... Apa nak jadi dengan dia ni ye? Tak habis - habis buat kerja bengong. Lepas satu, satu kerja bengong dia cuba nak timbulkan.
Parti sendiri pun tak terjaga, ada hati nak jadi batu api dan melaga - lagakan parti orang pulak? Alahai, macam la dia tak de kerja lain.
Kata Si Mahfuz Bean ni, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekarang dok sibuk menggunakan pengaruhnya untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib sebelum PRU ke 13.
Naib Presiden PAS tu memberi gambaran bahawa langkah Tun Dr. Mahathir menasihatkan Datuk Seri Najib agar melewatkan PRU 13 sebagai satu tekanan.
KONONnya, kata Mahfuz Bean tu lagi, UMNO sekarang berdepan dengan isu calon atau isu parti dimana mereka mahu meletakkan calon yang boleh menang.
“Kalau kita lihat hari ini Najib menjadi liabiliti dan beban kepada Umno-BN, sebab itu diminta supaya dilewatkan pilihan raya umum ke-13, malah dalam Umno juga ada gesaan supaya Najib berundur sebelum pilihan raya umum ke-13,” katanya pada sidang media di sini.
Ahli Parlimen Pokok Sena tu juga turut membuat dakwaan ramai pemimpin UMNO yang tidak mahu Najib terus mengetuai parti Melayu itu.
Cewah!!! Kalau nak diikutkan, macam dia tau sangat apa yang ada dalam UMNO sekarang ni yek. Mengalahkan orang UMNO sendiri nampak gayanya.
Dah jelas sangat la dakwaan dia tu hanya dibuat untuk memecah belahkan orang UMNO semata - mata dan melemahkan kekuatan parti tu sendiri.
Nak pulak bila dalam PAS sendiri pun dah semakin kurang mendapat sambutan dikalangan ahli mereka sendiri sejak kebelakangan ini.
Maka, untuk mengatasi masalah tu, Si Mahfuz Bean ni pun jadi la batu api dan keluarkan la kenyataan yang bongok macam ni dengan harapan tujuan dia tu tercapai.
Dia tak faham ke maksud 'Menasihati' yang diluahkan oleh Tun Dr. Mahathir tu? Takkan perkara yang semudah itu pun dia tak faham kot. Apa la bangang sangat dia ni.
Yang peliknya, hari tu Si Din Pudu tu tak bagi PM buat PRU sekiranya tuntutan mereka masih belum dipenuhi sepenuhnya.
Padahal, PM dah maklumkan bahawa BN memang dah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya pada bila - bila masa je.
Dalam erti kata lainnya, PM nak menegaskan bahawa BN dah siap siaga sepenuhnya. Soal pasal calon tu tak timbul pun sebenarnya.
Jadi, persoalannya, adakah Si Mahfuz Bean ni akan menyokong tindakan PM sekiranya PRU diumumkan dalam masa terdekat ni? Atau adakah dia akan bagi alasan lain pulak nanti?
Pandai sangat nak mempersoalkan pasal parti orang sedangkan parti dia sendiri pun tengah tunggang langgang. Baik la dia perbetulkan dulu parti dia sendiri. Jangan asyik nak sibuk dengan hal orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.