Isnin, September 12, 2011


Sejak dia jadi Timbalan Presiden PAS, memang itulah kerja yang dibuat. Bukannya dia nak bangkit memperjuangkan Islam.

Sebaliknya, dia suka menyusahkan orang. Sebelum ni, dia balun pergi sokong Komunis yang serang Bukit Kepong sebagai Hero.

Dah marah waris - waris anggota Keselamatan yang terkorban dalam tragedi tersebut. Sampaikan adik Mat Indera sendiri pun terpaksa berpindah rumah.

Semuanya gara - gara dia malu dengan orang Kampung. Sebab apa? Sebab Mat Syabun tu punya pasal la. Kalau Mat Syabun tu tak bangkitkan isu tersebut, aman je hidup dia.

Sekarang ni, dah waris Sarjan Hassan pulak yang tak puas hati dengan Timbalan Presiden PAS ni. Kira hebat betul la Si Mat Syabun ni ye. Satu Malaysia bencikan dia. Tahniah!!!

Waris Allahyarham Kapten Hassan Osman merasa amat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempersoalkan tayangan filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Sambil menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah, menantu Allahyarham, Abdul Karim Mohd. Nasir, 56, berkata, tindakan terbaru Timbalan Presiden Pas itu cuba menidakkan sumbangan Sarjan Hassan sebagai perwira negara dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menuntut Mohamad membuat permohonan maaf ekoran kenyataan tersebut.
''Meskipun Sarjan Hassan merupakan seorang tentera British tetapi jiwa dan raganya dikorbankan semata-mata untuk mempertahankan negara ini daripada dicerobohi terutama oleh komunis bintang tiga.
''Mungkin ramai yang tidak tahu beberapa orang keluarga Sarjan Hassan termasuk isterinya yang sedang hamil telah dibunuh kejam oleh bintang tiga di kampungnya di Jalan Pantai, Seremban. Atas sebab itu Sarjan Hassan menyertai tentera British,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdul Karim yang tinggal di Bukit Sebukur, Batu Berendam, Melaka mengulas tindakan Mohamad yang mempersoalkan penayangan filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham P. Ramlee.
Abdul Karim berkata, tujuan bapa mertuanya menyertai tentera British semata-mata untuk mempertahankan negara dan memburu komunis.
''Jika Sarjan Hassan tidak menyertai tentera British bagaimana dia boleh menggunakan senjata api dan mempelajari ilmu peperangan,'' katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sejak berita itu dibaca pagi ini seluruh keluarganya tidak dapat menerima kenyataan Mohamad itu kerana jelas ia bertentangan dengan sejarah.
Jelas beliau, isterinya yang juga anak kepada Sarjan Hassan, Siti Hawa Hassan, 56, amat marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu itu.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau Mat Sabu kata 31 Ogos tak perlu cuti...tak perlu ada sambutan, Tunku A Rahman pulak diistiharkan bapa perundingan Baling sj, bukan bapa kemerdekaan..agak2nya lagi la pulak org mengamok. Sebab zainal keling dengan koo kay kim kata british bukan penjajah. Betul la org kata pengampu dan pembodek mampu hidup senang dan mewah biar siapapun yg perintah waima komunis. Walaupun fakta tak tepat, tapi asal bos selesa dengan tipuannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping