Selasa, Februari 28, 2012


Bila Semut baca satu artikel dalam satu laman blog hari ini, jelas memperlihatkan betapa jahilnya pemikiran puak - puak Pakatan Pembangkang ni.

Mereka dilihat sudah melupakan hukum Islam bagi setiap orang muslim di muka bumi ini secara tidak lansung. Dan perkara ini bukan satu benda yang baru.

Sebelum ini, mereka jugak yang membantah cadangan untuk melarang umat Islam berkerja dipremis menjual arak sedangkan terang - terang Islam melarangnya.

Seterusnya, mereka tetap berpegang kepada pesanan Si Ketua Penipu tu mengenai hubungan seksual sama ada yang sesama jenis mahupun diluar nikah.

Bagi mereka, apa yang dikatakan oleh Si Ketua Penipu tu perlu dituruti walaupun ianya bercanggah dengan hukum Islam.

Mana mungkin buat maksiat didalam bilik tidak menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membasmikannya? Adakah itu contoh Negara yang ingin mereka tadbir kelak?

Kata mereka, isu berkaitan dengan khalwat dikalangan pemimpin mereka itu satu isu yang remeh untuk diperkatakan. Demikian mereka meletak hukum maksiat dalam Islam.

Bagi mereka, isu khalwat ni sudah ramai yang terperangkap dalam termasuklah Timbalan Presiden PAS, Si Mat Syabun Komunis Penipu tu sendiri.

Mungkin mereka lupa bahawa Si Mat Syabun tu pernah menuduh Si Ketua Penipu tu yang memerangkap dia sebelum ini. Atau adakah mereka sudah terdedah kepada radiasi?

Namun, kenyataan yang dikeluar oleh pihak pembangkang ini amat mengecewakan kerana mereka jelas merendah - rendahkan hukum maksiat.
Ini juga yang pernah disebutkan Anwar dalam kenyataannya untuk menghapuskan undang-undang lapuk dahulu, zaman untuk rakyat mengambil tahu apa yang berlaku di dalam bilik tidur orang sudah berlalu. Apatah lagi bila pasangan yang ditangkap bersama Badrul Amin ini dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses bercerai. - Sumber
Persoalannya. Adakah alasan pasangan suami isteri yang nak bercerai tu boleh dijadikan sebagai satu sebab untuk menghalalkan dia berdua -duaan didalam bilik yang sunyi?

Nah!!! Sekarang, korang tanya diri sendiri. Adakah ini bentuk Kerajaan yang kita nak anak - anak kita membesar nanti dimana maksiat boleh dilakukan dengan sewenang - wenangnya?

Bukan susah. Tempah bilik Hotel dan buat 'projek' kat dalam tu. Kena cekup pun tak pe sebab ianya buakn ditempat awam. Agaknya diorang lupa. Allah Maha Melihat. Jadi tak kira la dalam bilik atau sebagainya. Yang Haram tetap Haram la jugak!!!
Categories: , , ,

28 ulasan:

  1. Tak heran dah semua tu bro. Dah jadi makanan Pakatan Rakyat dan penyokongnya.

    BalasPadam
  2. Ko gi tengok pejabat2 kerajaan ker,pejabat maner pn,time lunch..ada isteri org tido kt tmpt meja keja nyer,ada suami org duk perati geram jer..ada yang duk sebelah mrnyebelah sambil main game,sambil gurau2..mari dtg la tengok..tangkap khalwat pn boleh tau...tapi semua wat lepas pndng plak...nape?? Sbb siang ker,jdi nye takde kes ke?? Kalu nak jadi kes,penuh org islam naik mahkamah syariah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama
      orang kerajaan xper lah....kalau nak nahas usik ler..


      norliza.

      Padam
  3. DA TERANG2 USTAZ BADRUL TU DI ANIAYA & DI FITNAH...JG DI PERANGKAP OLEH PUAK2 UMNO...DAH2 LA TU...TAK CKUP DGN ANWAR...SKARANG KAU NAK FITNAH USTAZ PLAK.....

    BalasPadam
  4. Maaf, aku tak berapa fhm apa yg anon 3:06 PTG cuba sampaikan.

    Tp rasanya jelas Rasulullah ada bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua dengan seorang wanita,” Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “kecuali dengan mahram.” (HR. Bukhari) dan...

    “Janganlah sekali-kali seorang pria berduaan dengan seorang wanita, karena yang ketiganya adalah syetan.” (HR. Ahmad dengan sanad yang shahih)

    BalasPadam
  5. Anon 3:22 PTG, mcm mna seorang ostat yg kononnya alim ttg Islam boleh TERPERANGKAP yer?
    Takkan lah ostat ko tu jahil sgt tentang adap bila bertemu pompuan bukan muhrim?

    Lagi pun... ostat ko tu sndri dah mengaku yg pompuan dtg jumpa dia sbb nak mintak nasihat. Jadi logik ke UMNO yg suruh pompuan tu dtg?

    BalasPadam
  6. anon 3.06 hang lam tu dok perati bini org

    BalasPadam
  7. Dia orang ni...kalau tengak jalan tergelincir masuk longkang pun salah UMNO.....tipikal otak beku..tak boleh mikir....

    BalasPadam
  8. anon 3.06...lu ada habit perati bini orang kat office ke....wah bahaya ni....tu la aku cakap kalau ketua pembangkang pun dah macam tu....pengikut dia pun mengikut jugak...bahaya ni...bahaya....

    BalasPadam
  9. kah kah kah kah ape ke bodohnya g hotel nak mintak nasihat eh kalau gitu aku pun nak gak dgn anak anuar lah nak nasihat kat hotel berdua duaan banyak lgi lah open space kat hotel tu kan. eh kire logik akal... ustad pun nafsu tinggi kah kah kah . nih anon tu cite yang kat opis die tuh org kerajaan tu begurau senda tak sama muhrim hukum memang salah top die org tak berduaduan mcm ustod nih.. ke anon 306 tuh tak kene layan

    BalasPadam
  10. org berilmu dan beramal sentiasa menjauhi fitnah agar tidak difitnah.

    BalasPadam
  11. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (TMQ al-Hujurat [49]:6)

    BalasPadam
  12. Betul tu bila kita dapat sesuatu berita tu kita selidiki dahulu.

    Dalam kes ini Ustad kata dia di fitnah dan di perangkap. TAPI!

    1. USTAD cakap wanita tu yang ajak jumpa dia. (sapa fitnah siapa ni?)
    2. USTAD cakap dia di perangkap. (biasa yang masuk perangkap ni orang yang biasa buat je. Kalau bukan kaki perempuan sure tak masuk perangkap)
    3. USTAD cakap dia kenal perempuan tu dah setahun, sebab perempuan tu ada masalah. (Kenal perempuan ni?)

    KALAU BETUL PEREMPUAN TU ADA MASALAH!!! DAN PERLU BERJUMPA SAMPAI KE HOTEL!!!! TAK ADA KE MUSLIMAH PAS YANG BOLEH TEMAN KAN ATAU HANDLE KAN?

    Dengan NAMA ALLAH SWT berani ke USTAD terlampau ni BERSUMPAH LAKHNAT?

    BalasPadam
  13. Kau orang semua telah melakukan dosa besar kerana menuduh makhluk yang maksum cam ustaz ni. Dah lupa kah semua yang ustaz ni adalah pewaris nabi dan sudah tentu perlu banyak berkhalwat.
    Tak pah ustaz, biak depa nak kata apa pun, ustaz bersabaq saja. Kita tau yang ustaz memang berakhlak tersangat mulianya dan lidah ustaz sentiasa basah dik kerana berzikir ustaz dan acapkali mengeluarkan kata kata yang penuh berhikmah dan belum pernah mencerca sesiapapun. Mungkin ustaz boleh kembali mengeluarkan cd lagu lagu zikir, nasyid cam dulu yang ustaz pernah buat tu, sabaq ya ustaz, biaq pi lah depa nak hina cam mana sekalipun ustaz buat pekak aje dan ustaz jangan bimbang kita penyokong penyokong dari pakatan rakyat akan tetap menyayangi ustaz, Aminnnnnnnnnnnnn

    BalasPadam
  14. Kau orang semua telah melakukan dosa besar kerana menuduh makhluk yang maksum cam ustaz ni. Dah lupa kah semua yang ustaz ni adalah pewaris nabi dan sudah tentu perlu banyak berkhalwat.
    Tak pah ustaz, biak depa nak kata apa pun, ustaz bersabaq saja. Kita tau yang ustaz memang berakhlak tersangat mulianya dan lidah ustaz sentiasa basah dik kerana berzikir ustaz dan acapkali mengeluarkan kata kata yang penuh berhikmah dan belum pernah mencerca sesiapapun. Mungkin ustaz boleh kembali mengeluarkan cd lagu lagu zikir, nasyid cam dulu yang ustaz pernah buat tu, sabaq ya ustaz, biaq pi lah depa nak hina cam mana sekalipun ustaz buat pekak aje dan ustaz jangan bimbang kita penyokong penyokong dari pakatan rakyat akan tetap menyayangi ustaz, Aminnnnnnnnnnnnn

    BalasPadam
  15. orang melayu dalam bab yg macam ni, panjang lebar syarah nya...
    masing-masing tunjuk skill...

    tapi walau macam mana pon......
    kita juga perlu berbangga,kerana ini lah satu-satu nya kelebihan orang melayu.


    norliza.

    BalasPadam
  16. kalaulah bukan si ustaz baderol amin pendakwah, ahli politik, begelar ustaz, tak penah wujudkan cerita sensai.. ada rakyat malaysia kisah...

    paling tidak keluar kat akhbar seorang guru agama yang telah beristeri 2 ditangkap khalwat bersam isteri orang.. salah hemat ustaz baderol ngok ni akan beri kaunseling kat depa berdua.. tapi masalahnya ustaz bederol ngok ni tetiba jadi bongok..

    sengaja membiarkan dirinya dijadikan cerita..
    kalau tak ada apa-apa takkanlah siisteri sanggup melarikan diri dari suami dan duduk sebilik dalam hotel yang mana si baderol ni hanya pakai tuala..

    takkan lah UMNO dah siang-siang suruh baderol tu pakai tuala.. takkan lah selama setahun bermesej-mesej UMNO juga yang suruh.. takkan lah hal dalam kelabu,UMNO juga yang rancang...

    takkanlah dalam kenal-kenal tu UMNO juga dah tempahkan bilik di hotel yang sama..

    tak baik tau kita membela orang yang dah tentu sengaja langgar hukum Allah.. mungkin cara baik lahirkan simpati dan nasihatkanlah sibedrol tu berani mengaku salah kerana Allah.. dan bersedia mengaku keslahannya demi Allah juga.. tak gitu pengikut si baderol?

    BalasPadam
  17. tak yah ler pangil ostad klu dah perangai mcm ni.mmg ler tk tau dia betol salah ke tak.tp nabi dulu pun lg bnyk bg kaunseling kt wanita tp tk ler berdua-duaan.berani ker bersumpah...tu jer jln penyelesaian nk bersihkn nama...ada berani...meh tobat ramai2 jommmm

    BalasPadam
  18. TAK HABIS-HABIS NAK MENYALAHKAN UMNO,APA JER PERBUATAN JAHAT YG KANTOI SEMUANYA UMNO PUNYA PLAN, DAH DAH LA.. INSAFLAH DAH TERLALU BANYAK YANG MENYIMPANG DAN TERLALU BANYAK DAH DITUNJUKKAN TANDA-TANDA...

    BalasPadam
  19. geli geleman aku nak panggil badrul ni ustaz..uwekkk

    aku dah kata,puak pakatan ni slalu sokong benda mungkar tambah2 lagi kalau kena kat batang hidung pemimpin depa sndiri..

    BalasPadam
  20. Ini semua kerja UMNO!

    BalasPadam
  21. cepat-cepatlah uztaz buat doa munajat, turun bala kepada sesiapa yang dah buat naya kepada uztaz. lepas tu, buat kaset dan jual, pasti laku. duit yang dikutip boleh masuk tabung PRU 13 pkr. tentu banyak punya.

    BalasPadam
  22. Fitnah la bro. Orang yang menuduh orang lain berkhalwat tanpa bukti yang kukuh (mengada-adakan bukti) boleh dikenakan hukuman Ta'zir. Dr Badrolamin akan menyaman JAIP dan media2 elektronik dan cetak dan seangkatan dengan nya...

    BalasPadam
  23. JIka pas ada ostat mat sabu..PKR ada ostat bad so bad...ceramah nya bukan men kuat sora nya hentam umno hentam BN hentam kerajaan hentam negara yg dia berlindung selama ini...pkr upah ostat ni baca doa hancurkan negara !

    BalasPadam
  24. mashaALLAH...wahai saudara-saudari skalian...ingatlah akan kebesaran ALLAH....jngnlh kita dok fitnah mnfitnah...bkn itu jln yg d mahukn islam...sesiapa yg brsalah psti akn mnerima balasan ALLAH SWT...kita lihat & dengar dngn cara yg sederhana....

    BalasPadam
  25. Kalau umor panjang ditakdirkan DIAORANG memerentah nanti ,mungkin kita sempat tengok adegan menteri kabenetnya macam dalam cerita musang berjanggut,sanggup jadi tikus,jadi patung dan jadi kuda kerana nak buat maksiat

    BalasPadam
  26. cakap bab hukuk semua nak tunjuk terror....kalo dah khalwat tetap khalwat...ada ilmu pun x guna kalo x leh fikir berduan dlm tempat yg menimbulkan syak..jadilah mukmin sejati..

    BalasPadam
  27. Puak2ni buat hujah macam MENTERI NIKAH KAWIN dlm filem musang berjanggut< Tak pe kalau aku yang buat boleh PADEM>

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping