Isnin, September 05, 2011

Cari Fakta Sejarah Dalam Mimpi Ke???
Memang macam sial la diorang ni. Kalau bercakap bukan main lagi berdegar - degar. Macam diorang je yang pandai dan orang lain ni bodoh.

Tapi ada hati nak ubah sejarah konon. Nak tulis semula sejarah dan sebagainya. Bagi diorang sejarah yang sedia ada ni semuanya menipu belaka.

Kalau sejarah yang ada sekarang ni menipu, apa pasal diorang tak nak bagitau sejarah yang sebenarnya kepada rakyat?

Kenapa diorang perlu mendesak pihak Kerajaan agar mendedahkan perkara tersebut sedangkan diorang yang buat pertikaian mengenainya.

Tak masuk akal lansung. Kalau bercerita, macam diorang tau dah sejarah sebenar. Tapi bila disoal, semuanya nak kena tunggu.

Kata diorang, pendedahan tu akan dibuat selepas diorang dapat merampas kuasa dan memerintah Negara. Apa kejadahnya kalau macam tu?

Yang Si Nasa Tantawi ni pulak lagi satu. Orang ajak berdebat, dia baru nak bukak cerita pasal nak 'cari fakta'. Dah nampak sangat kantoinya diorang ni.

Sebenarnya, PAS sendiri pun tak tahu apa dia naratif sejarah Kemerdekaan Negara sebab diorang tak terlibat secara lansung. 

Maka sebab itu la diorang main tembak ikut sesuka hati diorang je. Betul ke tak betul fakta tu, diorang peduli apa. Sedangkan fatwa pun diorang boleh buat sesuka hati, inikan pulak fakta sejarah!!!
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan hasrat mahu berdebat dengan Pemuda Umno berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong selain mahu sejarah kemerdekaan negara ditulis semula.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bila-bila masa untuk berdebat demi mencari kebenaran sebenar kemerdekaan negara.
Ia dilihat sebagai pelawaan berdebat ketiga daripada kepimpinan PAS kepada Umno.
“Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat ilmiah dengan Pemuda Umno demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar.
“Debat ini bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan walau melibatkan Pemuda PAS dan Pemuda Umno, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Pemuda Umno dalam tempoh terdekat dan berharap sayap pemuda parti Melayu itu akan menerima pelawaan itu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. dari sudut mana baiknya mat indera, dari sudut mana mat indera menurut ajaran islam? adakah islam membenarkan mayat musuh yang telah dibunuh itu dibakar? adakah islam membenarkan kanak-kanak yang masih hidup dicampak ke dalam api? adakah islam membenarkan kanak-kanak dan perempuan yang tidak melawan dibunuh? entahlah aku tak tahu tetapi aku harap guru agama dalam pas menghuraikan persoalan itu, hadis mana mereka pakai, ayat mana mereka gunakan, sehingga mampu menghalalkan perbuatan membakar mayat musuh dan juga kanak-kanak kecil yang masih hidup. cuba debat isu ini dahulu, kemudian debatkanlah kewajaran pembunuh itu menjadi wira negara.

    BalasPadam
  2. ajaran komunis shj yg membakar mayat. Aku syorkan bila matsabu mati, jgn tanam mayatnya, kita bakor je, ikut cara komunis.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping