Semut memang tak faham dengan tahap mentaliti budak - budak Universiti hari ini. Belajar dah tinggi dah, tapi akal semua pendek belaka.
Ada ke diorang kata isu mengenai kenyataan Mat Syabun yang mengagungkan perjuangan Komunis tu sebagai satu isu yang kecik? Kecik menda kejadahnya.
Diorang tak sedar ke yang isu tu boleh mengganggu gugat keamanan Negara dan mengyebarkan dakyah agenda Komunisme didalam Negara hari ini?
Diorang tak tau ke dengan suburnya fahaman tersebut, Malaysia akan berada dalam kancah yang sangat merbahaya? Diorang berpelajaran tinggi, takkan diorang tak tau?
Takkan diorang tak terfikir kenapa fahaman Komunisme ni telah ditolak dengan jelas oleh Negara - Negara pengamal mereka yang terdahulu?
Tengok Negara China yang satu ketika dahulu cukup kuat dengan pengaruh Komunismenya. Kenapa mereka sekarang menolak fahaman tersebut?
Rusia pun begitu jugak. 'Beruang Kutub Utara' tu sendiri dah beralih kepada fahaman Demokrasi yang jelas memberikan kebebasan kepada rakyatnya.
Kalau dulu, di Rusia, nak mengamalkan ibadah oleh umat Islam pun disekat. Tapi sekarang, mereka bebas untuk melaksanakan amal ibadah dijalan Allah.
Jadi, bahagian mana yang mereka, pelajar - pelajar yang diwakili oleh SMM tu boleh menyifatkan bahawa kenyataan Mat Syabun itu sebagai satu isu kecil?
Tapi apa nak heran. Di Sekolah dulu pun, berapa ramai je pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam Matapelajaran Sejarah ni.
Selain Sains dan Matematik, Sejarah merupakan subjek yang cukup tidak digemari oleh pelajar sebab mereka perlu ingat mengenai fakta beserta tarikh setiap perkara yang berlaku.
Maka, mungkin sebab itu diorang dengan mudah mempertikaikan mengenai sejarah ni dan memandang ianya sebagai satu isu yang remeh.
Sedar la diri sikit. Kalau tak de sejarah, mana mungkin diorang tu dapat lahir didalam Negara yang aman damai seperti hari ini. Tak reti rasa bersyukur ke diorang ni?
Tolong la!!! Jangan la diorang jadi macam Si Mat Syabun tu. Dah la sekolah pun tak lulus, kuat tido dan menipu pulak tu. Orang lain otak letak kat kepala, dia otak letak kat kepala lutut!!!
Nama pun budak
BalasPadamMereka tak melalui pengalaman itu semua
Hendaknya ada satu lagi pemberontakan komunis di Malaysia untuk mereka rasai ....