Anugay Sakit, Dia Sakit Jugak!!! Tapi memang dua - dua tu sakit. Sakit Otak!!! |
Isu ni bukan perkara lama. Dah lama sangat dah ianya timbul. Malah dah jadi dendam yang berbekas didalam lubuk hati manusia yang bernama Mat Syabun ni sebenarnya.
Bermula dari masa dia masuk ABIM lagi dah sebenarnya. Dia terasa diri dia telah dikhianati bila Si Ketua Penipu tu masuk UMNO dulu.
Maka sebab itu la dia berdendam dengan Si Ketua Penipu tu sampai sanggup memberikan nama jolokan Sheikh Al - Juburi pada tahun 1997.
Dan tak heran jugak bila isu Khalwat Mat Syabun dijadikan bahan Politik, ianya dikaitkan dengan Si Ketua Penipu tu jugak. Katanya, Si Ketua Penipu tu la yang aturkan semuanya.
Jadi, sekarang ni, Si Mat Syabun tu masih tetap tak puas hati dengan Si Ketua Penipu tu. Mungkin sebab itulah dia cuba nak mengatasi Si Ketua Penipu tu hari demi hari.
Si Ketua Penipu tu tipu satu Malaysia dengan kes 16 September, dia pun nak tipu jugak. Habis semua orang percaya yang Land Rover tu Waja.
Sekarang, bila Si Ketua Peipu tu jadi liabiliti kepada Pakatan Pembangkang, dia pun nak jadi jugak liabiliti yang merugikan. Kalau tak dengki, kita nak kata apa lagi!!!
Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengangkat anggota dalam pasukan komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai hero sebenar meletakkan sekutunya dalam pakatan pembangkang dalam keadaan serba salah.Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Sarawak merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pakatan pembangkang juga dilihat tidak menjangka isu berkenaan ditafsirkan sedemikian rupa oleh pemimpin Pas itu.Justeru katanya, DAP awal-awal lagi menunjukkan keresahannya manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berdiam diri kerana tindakan Mohamad atau Mat Sabu itu menyebabkan mereka terperangkap dalam situasi 'undur luka belakang, mara luka dada'."DAP sendiri serba salah, hendak 'hentam' habis-habisan susah juga, kalau sokong nanti ada kesan negatif."Jadi Mat Sabu macam keseorangan berjuang walaupun kita lihat Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung Pas) macam cuba nak tepis kanan, tepis kiri, mengelak daripada menjawab secara terang isu Mat Sabu," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Memperingati Pejuang-pejuang Negara anjuran Persatuan Bekas Polis/Bekas Tentera Sarawak di Dewan Suarah di sini hari ini.Dalam perkembangan berkaitan, Wan Junaidi berkata, seluruh warga bekas polis dan tentera di negeri ini amat kecewa dengan Pas kerana tidak membuat pembetulan dalam isu menyanjung pengganas komunis itu.Beliau berkata, Pas perlu sedar bahawa sejarah adalah satu fakta dan tidak boleh ditafsir mengikut selera sendiri kerana ia adalah politik murahan yang tidak sepatutnya diamalkan sewaktu negara menuju ke arah status negara maju."Kita sepatutnya menjangkau status negara maju dalam keadaan bijaksana, berbudaya dan bertamadun, tetapi ini telah bertukar menjadi politik murahan sehingga fakta sejarah pun dipolitikkan."Ini adalah satu pekara yang bahaya kerana kita boleh menjustifikasi apa jua tindakan sehingga pembunuh jadi hero dan yang dibunuh pula menjadi penjahat," tegasnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.