Itu satu persoalan yang timbul dalam benak hati Semut tatkala soal memansuhkan ISA semalam sedang hangat diperkatakan.
Tak kira la sama ada Akta Keselamatan Dalam Negeri tu dimansuhkan atau tidak, Si Mat Syabun Komunis Penipu tu perlu dikenakan tindakan yang tegas.
Dia memang jelas mempunyai niat untuk membuatkan Negara ni jadi kacau bilau dengan kenyataan berbaur propaganda Komunis dia tu.
Malah disebabkan dia la yang membuatkan pengorbanan anggota - anggota keselamatan yang dibunuh dengan kejam dek Komunis tu menjadi sia - sia belaka.
Dan dengan kenyataan tu jugak la, ribuan rakyat Malaysia termasuk waris - waris kepada mereka yang terkorban dalam Tragedi Bukit Kepong berasa sedih.
Tak kurang jugak dikalangan Veteran - Veteran serta bekas - bekas anggota keselamatan Negeri yang masih marah dengan kenyataan dia sebelum ini.
Jangan pulak ada pihak yang tampil bagi alasan kata Si Mat Syabun ni tak boleh didakwa dan sebagainya pulak. Dah sah dakwaan terhadap dia tak boleh dikaitkan dengan ISA.
Itu baru satu kes. Satu kes yang sampai hari ni masih tak selesai lagi ialah kes peserta Perhimpunan Bersih 2.0 seramai 91 orang hari tu.
Tangkapan dah dibuat. Laporan dah siap. Nak kata diorang langgar arahan Mahkamah, dah langgar dah. Tapi kenapa selepas 3 bulan, masih tak de dakwaan lagi?
Apa lagi yang diorang tunggu ni? Nak tunggu Perhimpunan Bersih yang seterusnya ke baru nak ambik tindakan?
Puak - puak Pakatan Pembangkang tu semakin hari semakin kuat menyalak. Takkan itu pun diorang tak dengar? Ke diorang saja buat - buat pekak?
Kena ingat yek. Slogan Kerajaan, 'Rakyat Di Dahulukan'. Jadi, kemarahan serta kesedihan ini datangnya dari rakyat. Jangan buat - buat tak tau pulak!!!
Sia sia buat ribuan laporan polis tapi takda tindakan diambil?
BalasPadam