Tengah asyik Semut merayap sambil menunggu Menteri Besar Pahang habis bertemu dengan rakyat petang tadi, ada orang datang ucap terima kasih kepada Mat Syabun.
Mulanya, Semut pelik jugak. Apa hal pulak mamat ni beria - ia sangat nak ucap terima kasih kat Si Mat Syabun Komunis Penipu tu?
Kata dia, Mat Syabun ni dah banyak membantu rakyat Malaysia sebenarnya dengan mendedahkan kenyataan menyokong Komunis baru - baru ni.
Macam mana pulak Si Mat Syabun tu membantu rakyat dengan kenyataan dia tu? Dia bagi ceramah je, bukan menghulurkan bantuan apa - apa pun.
Mamat tu menjelaskan lagi bahawa Mat Syabun tu membantu dari segi membuka minda rakyat kepada satu paradigma yang baru.
Tau la dia Cikgu, apa kejadahnya yang dah dibuat dek Mat Syabun ni sebenarnya? Maka dia pun menjelaskan pekara tersebut kepada Semut.
Selain kenyataan tersebut membantu memudahkan kerja - kerja Barisan Nasional dalam memenangi hati rakyat, ia turut mendedahkan hakikat yang sebenar.
Kata dia, Mat Syabun ni secara tidak sedarnya telah membuka mata rakyat bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang bodoh.
Semuanya kerana kenyataan yang dia keluarkan sebelum ini la, dimana ianya jelas membuktikan bahawa pemimpin Pakatan Pembangkang ni sanggup buat apa sahaja.
Malah mereka sanggup menipu rakyat dengan memutar belitkan fakta serta sejarah Tanah Melayu sewenang - wenangnya demi kepentingan Politik mereka.
Mat Syabun tu jugak, secara tidak sengaja telah membuktikan bahawa pemimpin Pembangkang ni sebenarnya suka menegakkan benang yang basah.
Maknanya, kata Cikgu tu, puak - puak Pakatan Pembangkang ni sanggup buat apa sahaja walaupun diorang tak tahu apa benda yang diorang katakan.
Sebagai contoh, mereka mendesak pihak Kerajaan agar memberikan naratif sebenar Sejarah Kemerdekaan Negara. Bermakna, mereka sendiri pun tak tahu apa sejarah yang sebetulnya.
Kalau mereka tahu mengenai sejarah Kemerdekaan yang sebetulnya, kenapa diorang sendiri tak nak dedahkannya?
Apa kejadahnya pulak diorang nak mendesak pihak Kerajaan membuat perkara sedemikian? Sepatutnya diorang la yang kena bagi penjelasan mengenai perkara tersebut kepada rakyat.
Ini tidak. Semuanya nak tunggu selepas diorang dah dapat memerintah Negara baru nak buat, apa kejadahnya kalau macam tu?
Memang nampak sangat yang diorang ni pun tak faham apa dia yang dinyatakan oleh Si Mat Syabun didalam ceramah dia sebelum ini.
Tetapi, nak 'cover line' punya pasal, diorang buat la desakan sedemikian walaupun ianya jelas tak masuk akal. Tak ke menipu namanya tu?
Ala, dah memang itu pun kerja diorang. Asyik tau nak menipu rakyat je kerjanya. Nak suruh buat benda lain, bukan diorang reti. Jadi, buat je la apa yang patut, ye tak? Macam dah tak de kerja lain!!! Ceit!!! Pigidah!!!
Mana taknya si Mat Sabu buta sejarah. Dulu dia belajar Tawarikh je..hehehe
BalasPadam