Perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu terhadap Bekas Pembantu Khasnya, Mohd Saiful bersambung lagi hari ini dan Dr. Brain McDonald masih menjadi saksi Pembelaan.
Peguam Pembela, Ram Karpal mengajukan soalan sama ada kenyataan Dr. Brain pernah ditolak oleh pihak mahkamah atau tidak sebelum ini.
Dr. Brain menjelaskan bahawa kenyataan dia sebagai 'Pakar' pernah dipertikaikan oleh pihak Mahkamah di Australia dalam satu kes yang lebih kurang sama seperti pada ketika ini.
Bagi Dr. Brain, Pakar DNA Negara, Dr. Seah telah memberikan gambaran jelas mengenai penemuan dalam ujian yang telah dilakukan.
Namun, kata Dr. Brain, Dr. Seah hanya dapat meneka dan tidak dapat membuktikan kesahihan ujian yang telah dijalankan.
Ketika ditanya sama ada wujud kemungkinan ada unsur luar yang memperngaruhi ujian tersebut, Dr. Brain tidak berani memberikan jaminan.
Soalan tersebut ditanya oleh Ram Karpal berdasarkan maklumat bahawa sampel tersebut diserahkan kepada pihak Polis terlebih dahulu sebelum ianya diserahkan kepada Forensik.
Ps: Apa bangang sangat la Si Ram Karpal ni ye. Dia tak tau ke Unit Forensik tu merupakan salah satu Unit dalam Kontijen Polis? Jadi, dia nak cakap apa sebenarnya?
Dah tentu la pihak Polis yang simpan sampel tu sebelum ianya diserahkan kepada Unit Forensik. Itu pun dia tak tau ke?
Dr. Brain jugak mendakwa bahawa wujudnya DNA yang bukan berasal daripada Mohd Saiful dan juga yang dituduh iaitu Si Ketua Penipu itu. Perkara iniperlu dijelaskan terlebih dahulu.
Sekali lagi, Dr. Brain menegaskan dakwaan yang dibuat oleh Dr. Seah tidak wajar dijadikan sebagai bahan bukti. Demikian juga dengan dakwaan yang dilakukan oleh Dr. Nor Aidora.
Bermakna, dalam erti kata lainnya, Dr. Brain mahu mencadangkan kepada Mahkamah agar mengeluarkan perintah supaya Si Ketua Penipu itu menyerahkan DNA dia sendiri.
Kalau tidak, andaian - andaian ini semuanya tidak boleh diterima. Adakah itu yang dimaksudkan oleh Dr. Brain sebenarnya?
Jika benar, maka Si Ketua Penipu itu perlu berbuat demikian bagi membuktikan bahawa DNA yang ditemui itu bukan DNA dia yang sebenarnya.
Sepatutnya, tak payah dah Mahkamah nak beria keluar perintah. Dia sendiri yang sepatutnya bagi DNA tu sejak dari awal lagi.
Konon, bila tanya, semuanya konspirasi. Bila cakap, semuanya fitnah belaka. Yang dia takut sangat nak serah DNA tu menda kejadahnya? Nampak sangat la dia takut kantoi.
Sekarang, 'Awang Import' dia sendiri seolah - olah mahu dia pulak menyerahkan DNA tu kepada Mahkamah. Apa lagi alasan yang dia nak bagi lepas ni?
Itu la. Asyik sangat nak menipu, kan dah terjerat diri sendiri. Sekarang sapa susah? Padan La Dengan Muka Dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.