Apa lagi yang nak dikata bila dia sendiri yang membogelkan diri dia dihadapan khalayak ramai mengenai isu video seks yang mengaitkan diri dia tu?
Kalau sebelum ni, belum apa - apa lagi, dia sibuk buat sidang media menafikan bahawa individu didalam video tu bukan dia yang sebenarnya.
Padahal, masa tu, tak de orang pun yang keluarkan cerita mengaitkan diri dia. Cuma disebut 'Pemimpin Kanan Pakatan Pembangkang' sahaja.
Tapi dia sendiri yang buat pengakuan bahawa individu tu bukan dia. Dah nampak sangat dia memang bersalah, maka sebab itu dia buat pengakuan tersebut.
Jika tidak, apa kejadahnya dia perlu buat sidang media tu kurang daripada 12jam selepas video tu didedahkan kepada pihak Media? Tak ke pelik namanya tu?
Lepas tu, bila ditanya, kata dia ianya semua konspirasi belaka. Semuanya fitnah untuk menjatuhkan imej serta maruah dia semata - mata.
Kalau ianya fitnah, kenapa dia mesti takut untuk membuktikan Kebenaran kepada rakyat bahawa ianya benar - benar sengaja direka?
Kenapa sehingga hari ini, dia masih lagi enggan menunjukkan jam Omega yang didakwa berada dalam simpanan PDRM selepas ianya diserahkan oleh Datuk Shazryl Eskay?
Dan yang paling penting, kenapa dia sendiri tidak mengambil tindakan dan memfailkan saman terhadap Trio Datuk T tu sendiri?
Dalam perkembangan terbaru mengenai isu video ni pun macam tu jugak. Dia sendiri yang mengeluarkan kenyataan berikut mengenai video CCTV baru - baru ni:
“Saya tidak mahu layan lagi. Buat apa kita layan blog yang diperalatkan Umno. Perkara ini sengaja dibangkitkan untuk tutup perkara penting yang kita suarakan seperti ekonomi, kezaliman dan rasuah,” katanya dipetik Sinar Harian selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri di Alor Setar semalam.
Hah! Apa pasal pulak dia tak nak ambik tahu pasal perkara tu? Kata Lawan Tetap Lawan. Takkan dia dah menyerah kalah pulak dengan pendedahan terbaru ni?
Ini bukan soal nak aibkan sesiapa. Tetapi ianya berkaitan dengan moral dia sebagai seorang pemimpin yang KONONnya kuat pegangan Agama Islam.
Adakah isu yang berkaitan dengan maruah diri dia tu tidak penting jika hendak dibandingkan dengan hal - hal lain dalam dunia ni?
Isu ini jugak turut menjejaskan maruah keluarga dia dan juga maruah Agama yang melarang keras perbuatan tersebut. Adakah itu pun dia nak buat tak tahu jugak?
Ternyata, Si Ketua Penipu ni kian terbogel dengan Kebenaran - Kebenaran yang didedahkan sedikit demi sedikit. Yang jelas, dia memang tak layak jadi pemimpin.
Sedangkan moral dia sendiri pun menjadi persoalan, inikan pulak KALAU dia dapat jadi Perdana Menteri nanti.
Dimana nak letak imej Negara jika pemimpinnya kaki Liwat dan kaki Pompuan? Malah agama Islam itu sendiri akan menjadi buruk sekiranya dia diberi kuasa untuk memerintah kelak.
Sekadar nak tutup aib sendiri, yang lain dia biarkan begitu sahaja. Itu pun dia masih tak sedar jugak? Apa yang dia tau buat? Menipu tu jela!!! Bukan dia tau buat kerja lain pun!!!
obatnya senang saja...kasi dedah itu video2 adegan siam...itu saja obatnya....kantoiii
BalasPadamhar har.. susah nak dgr anwar cakap "saya tidak mahu layan lagi".. tapi akhirnya, mcm tak percaya yg blogger2 biasa je dah boleh kalahkan dia..
BalasPadam