Khamis, September 22, 2011


Hari ini, perbicaraan kes liwat yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu terhadap Bekas Pembantu khasnya diteruskan lagi.

Pihak Pendakwa memulakan sesi pagi ini dengan menarik semula soalan mengenai sel ephitial yang dibangkit semalam.

Pihak Pembelaan mengambil alih semula soalan kepada saksi, Dr. Brain McDonald dengan meminta Dr. Brain menjelaskan mengenai sebuah kes di Australia.

Kes tersebut telah menafikan kredibiliti Dr. Brain sebagai Pakar DNA dan menjelaskan bahawa kajian yang dilakukan hanya sekadar pandangan sebagai seorang perunding.

Dengan memberikan alasan bahawa ianya hanya berkaitan dengan pengiraan statistik, ianya tidak menjadikan dirinya bukan sebagai Pakar.

Ps: Nampak sangat Dr. Brain ni ada sindrom 'CSI', sindrom orang yang tak boleh terima kenyataan dan kebenaran.

Sedar la diri tu sikit. Terima jela kenyataan yang dia bukannya Pakar. Yang dia banyak sangat nak bagi alasan lagi buat apa.

Dia juga menjelaskan bahawa Hakim kes tersebut juga tidak pasti sama ada dia (Dr. Brain) layak atau tidak pada ketika itu.

Ram Karpal kemudiannya bertanya sama ada Dr. Brain layak sebagai Saintis Senior atau tidak. Brain jawab, Ya.

Ram Karpal juga turut bertanya, adakah benar DNA mampu bertahan sehingga 113 jam? Dr. Brain tidak menolak kemungkinan tersebut.

Kata Dr. Brain, setakat yang tercatat didalam rekod, DNA hanya dapat ditemui selepas tempoh 56 jam.

Namun jawapan itu tidak menyangkal bahawa wujudnya kemungkinan DNA masih boleh bertahan lebih dari tempoh tersebut.

Ram Karpal kembali mengulangi persoalan mengenai dokumen yang ditemui dari Thailand. Dr. Brain sekali lagi menyatakan bahawa dia tidak faham isi dokumen tersebut.
Ram Karpal: Adakah anda bersetuju dengan kenyataan berbahasa Inggeris didalam dokumen tersebut?
Dr. Brain: Dokumen tersebut tidak mempunyai kredibiliti. Saya agak terkejut bagaimana ianya boleh diterima didalam mahkamah ini.
Ps: Yang herannya, dia tu pun tak de kredibiliti jugak. Macam mana dia boleh dijadikan saksi dalam Mahkamah ni?

Sedangkan Hakim Mahkamah Australia sendiri pun kata dia tak de kredibiliti, macam mana mahkamah Malaysia nak terima cakap dia?

Memang malang la nasib Si Ketua Penipu tu sebab dia pilih saksi macam ni. Sia - sia je dia bayar upah tinggi, tapi tak guna satu sen pun.

Published with Blogger-droid v1.7.4

3 ulasan:

  1. Panas! Anu'r bawa kanggaroo dalam mahkamah!

    BalasPadam
  2. Assalam Bro

    Penipu dengan penipu akhirnya jadi penyamun... Belitan maut ke tengkuk sendiri. Mahu spin apa lagi...

    BalasPadam
  3. Anuwar ingat court Malaysia ni tak bermutu. Mana mungkin pendakwa raya akan rajin buat kerja kerana Melayu kan malas.

    Anwar: Mc D ko jadi pakar aku la. Kawan kawan aku di Ostolia kata ko berlakun pun bagus.

    Mc D: Aku kelulusan tak da tapi kencing boleh tahan la. Takut nanti mahkamah Malaysia tau.

    Anuwar: Alah Malaysia punya court mana ada class. Pendakwaraya semua tidur punya. Ko kencing jer sampai kuyup! Dorang tak tau lah.

    Mc D: Ok janji bayar

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping