Ahad, September 18, 2011


Entah bila dan apa pula aksinya? Ini yang menjadi tandatanya bila klip video terbaru di Youtube yang disiarkan pagi semalam.

Ianya memberi indikasi jelas bahawa ada kemungkinan klip video lain didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dikeluarkan kelak.

Pada penghujung klip video itu ada sedutan gambar yang kelihatan macam  Ketua Pembangkang itu berpakaian robe hotel sedang membawa alat seperti charger telefon bimbit.

Senario bilik berkenaan berbeza sekali dengan bilik klip video pertama yang menunjukkan aksi seks dengan seorang GRO China didakwa disebuah apartmen di Ampang.

Persoalan yang ditimbulkan oleh klip terbaru ini ialah di manakah Anwar pada 12-13 Januari 2011’? Video seks pertama dulu didakwa dirakam pada pada 21 Februari 2011. Apakah ada sesuatu ‘ menarik’ berlaku pada tarikh berkenaan?

Kalau singkap balik semasa sidang akhbar trio Datuk T waktu mula isu video seks ini meletop dulu, Datuk Sharzly Eskay Abdullah mendakwa beliau adalah orang yang kerap sambut dan melayan  Anwar setiap kali beliau ke Thailand.

Eskay juga mendakwa ‘ ada hal’ lain sewaktu mereka di sana. Waktu itu beliau enggan menjelaskan lebih lanjut ‘ aktiviti’ di Thailand. Katanya hal berkenaan akan didedahkan kemudian.

Persoalannya apakah klip video AKAN DATANG  itu melibatkan adegan di Thailand? Siapa tahu mungkin ada video yang kedua,ketiga atau keempat.

Yang pertama Anwar nafi...soalnya  bagaimana kalau ada babak-babak lain dan di tempat-tempat lain pula?

Seorang lagi anggota Datuk Trio, Datuk Shuib Lazim yang ditemui Agendadaily pada satu majlis di bulan Ramadan lalu memberitahu isu video Anwar ‘ belum tutup buku’.

Sekalipun enggan memberikan butirannya beliau membayangkan ada yang bakal meletup nanti berkata,” tungguuuu...”- 17/9/2011 (Agenda Daily)

Ps: Makin masak la Si Ketua Penipu tu nak menjawab persoalan ni semua. Tapi bukan salah orang lain. Ini semua salah dia sendiri sebenarnya.

Apa tengkoraknya dia tak ambik tindakan masa awal - awal isu ni dikeluarkan dulu? Kenapa dia tak saman je Datuk Shazryl Eskay? Itu persoalan pertama.

Persoalan kedua ialah kenapa dia enggan mendedahkan jam Omega yang didakwa masih dalam simpanan isteri dia dirumah bila wartawan tanya?

Untuk apa dia masih menyembunyikan jam tangan tersebut sedangkan ianya bukti Kebenaran kata - kata dia sendiri?

Dalam pada masa yang sama, dia kata ini semua konspirasi dan fitnah jahat. Jika demikian, dia perlu ambik tindakan. Atau dia memang tak layak jadi pemimpin dimasa akan datang.

Nak ke kita menjadikan seorang pemimpin yang takut nak menegakkan Kebenaran? Mahu ke kita dengan pemimpin yang takut nak jaga maruah diri, keluarga serta agamanya sendiri?

Semuanya ditangan korang untuk menentukannya. Kalau ikutkan Semut, jawapannya mesti la tidak. Lagi pulak, Si Anugay ni bukan tau buat kerja. Yang dia tau, menipu tu je la!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping