Ini satu pengakuan yang dibuat sendiri oleh pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu. tak de nak tokok tambah dah, jadi sendiri mau ingat la ye!!!
Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh dipenjarakan jika beliau ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.Mahkamah Persekutuan pada Ogos, 2009, tetap dengan penghakimannya pada 24 Jun bahawa penduduk kampung berkenaan wajib meninggalkan rumah masing-masing dan menyerahkannya kepada pemaju yang telah diberi kelulusan membangunkan semula kawasan tersebut.Berdasarkan penghakiman itu, Karpal mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada penduduk kampung itu, walaupun pemimpinnya, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan mempertahankan kampung berkenaan."Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu," kata peguam veteran itu.
Dengan pengakuan ini, maka sah la yang pemimpin - pemimpin Pakatan pembangkang ni memang tak reti buat kerja. Apatah lagi nak menunaikan tanggungjawab mereka.
Dah terbukti yang diorang ni setakat pandai buat janji itu dan ini. Cakap bukan main lagi, nak memperjuangkan rakyat konon. Tapi bila suruh buat, HAPAH pun diorang tak tau!!!
Maka tak salah jugak la kalau selama ni Semut kata yang diorang hanya pandai menipu rakyat demi kepentingan Politik semata - mata.
Diorang bukannya nak memperjuangkan rakyat sangat sebenarnya. Apa yang diorang perjuangkan hanyalah kepentingan peribadi masing - masing.
Kalau dah tak reti buat kerja, jangan menyusahkan orang. Duduk je kat rumah. Main dengan anak - anak. Ada jugak faedahnya daripada menipu orang sana sini!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.