Selasa, Oktober 25, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman kepada The Malaysian Insider.
“Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain.
Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.
Dalam laporan petang tadi, The Malaysian Insider memetik Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz esok.
Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.
Ini satu persoalan yang masih tak dapat dijelaskan oleh Pak Timbalan Menteri kita yang sorang tu. Dia sibuk sangat nak memperjuangkan Si Aziz Bari ni.

Tapi dalam masa yang sama, dia GAGAL menjelaskan mengenai kedudukan pegawai Unisel yang telah dipecat tanpa sebarang surat tunjuk sebab sebelum ini.

Nak sokong mana - mana pihak, itu hak Pak Timbalan Menteri la. Tapi jangan la sampai mengamalkan sikap 'double-standard' macam ni.

Adakah ini Model Politik Baru yang nak diamalkan oleh Pak Timbalan Menteri? Kalau macam ni la rupanya, baik tak payah buat Model politik Baru tu.

Bukannya mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat. Menampakkan lagi kepincangan dalam Politik ada la. Lepas tu, buat menyusahkan orang je kerjanya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. politik orng melayu memang semacam ini.... berbalik lah semula ke politik islam sebenar berpandu kepada quran dan sunnah.
    yang memakai ketayap tak semesti nya alim, dan yang tidak berlebai tak semesti nya tidak alim...apa apa hal berbalik kepada islam dan aturannya. ikut aturan manusia ynag lain atau aturan2 selain syariat akan banyak mengundang masalah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping