TEMERLOH, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.
Sebuah akhbar harian semalam melaporkan Elton, 64, “top 10 artis paling terlaris dalam sejarah muzik” bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia November ini bertempat di Genting Highlands.
“Pihak berkuasa kena sedar bahawa budaya hedonisme atau berhibur secara berlebihan dan melampau kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja Islam.
“Sedangkan budaya inilah yang lazimnya membawa kepada kerosakan sebuah masyarakat seperti pergaulan bebas, gejala arak, berzina, anak luar nikah dan melekakan mereka terhadap tanggungjawab beragama selama ini.
“Ini ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis. DPPNP tidak dapat bayangkan bagaimana penerimaan golongan muda apabila pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Demikian yang dilaporkan didalam Haramkah Daily. Memang wajar perkara seumpama ini dihalang daripada terus menular dikalangan masyarakat Malaysia.
Maka atas dasar itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNPahang) perlu mendesak Si Ketua Penipu itu untuk membuktikan kebenaran yang dia bukan Gay.
Cabar Si Ketua Penipu itu agar menyerahkan DNA dia kepada pihak Mahkamah dan buat ujian bagi menentukan sama ada ianya sama atau tidak dengan DNA yang ditemui sebelum ini.
Kalau betul dia bercakap benar, kenapa perlu dia takut sangat nak mendedahkan perkara tersebut? Adakah perkara seumpama ini tidak penting bagi Pemuda PAS Pahang?
Kalau tidak, nampak sangat la yang DPPNPahang ni pun hanya sekadar mengamalkan sikap 'double-standard' dalam melaksanakan tuntutan mereka.
Jangan pulak pasal Elton John, diorang sibuk nak buat bantahan. Yang ada depan mata, dah jadi bangkai yang berbau satu dunia ni, diorang buat - buat tak nampak pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.