Selasa, Oktober 25, 2011


Tindakan Hassan Ali menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) membuktikan bahawa PAS Selangor kini sedang bergolak tatkala Jawatankuasa Tertinggi Parti berpendirian tidak menyokong Perhimpunan tersebut. 
Hassan Ali juga didakwa tidak sama sekali gusar dengan tanggapan dan persepsi Penyokong2 PAS Pro Sekular yang naik berang dengan keberanian Exco Selangor itu. 
Antara Pemimpin PAS yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau termasuklah musuh dalam Parti Khalid Samad. 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu mendesak pihak PAS Pusat mengambil tindakan displin terhadap beliau yang bukan sahaja membelakangi pendirian parti malah turut berkempen menyeru Umat Islam di Selangor menyertai HIMPUN. 
Hassan Ali dalam kenyataannya sebentar tadi mendakwa beliau hadir sebagai Pemimpin Islam yang bukan mewakili parti mahupun Kerajaan Negeri. 
Turut hadir di dalam Majlis terbabit Ketua Pemuda PAS Wilayah yang telah mendeklamasi Sajak ANTI MURTAD yang dikarang oleh Nasrudin Tantawi. - Sumber Suara Bloggers
Tidak dinafikan lagi. Dendam kesumat Si Khalid Gereja terhadap Datuk Dr. Hassan Ali masih belum terpadam sehingga kini.

Walaupun, Datuk Dr. Hassan Ali sudah tidak lagi menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, ia tidak mampu memadamkan api kebencian Khalid Gereja.

Adakah pemimpin seperti Khalid Gereja ni yang kita nak jadikan sebagai pemimpin contoh? Adakah akhlak Si Khalid Gereja ni nak dijadikan sebagai model kepada Islam?

Fikirkan lah. Tatkala Datuk Dr. Hassan Ali bangkit mahu mempertahankan syiar Islam, Khalid Gereja merupakan orang pertama yang akan membantah.

Waima perkara itu betul daripada hukum syarak, Si Khalid Gereja ni sedikit pun tak ambik peduli mengenai perkara tersebut.

Dalam isu mengharamkan penjualan arak, melarang pekerja muslim bekerja di premis yang menjual arak, hatta pemeriksaan JAIS terhadap DUMC pun turut mendapat tentangan.

Adakah dengan cara ini Si Khalid Gereja tu mampu menobatkan diri dia sebagai seorang pejuang yang nak menegakkan syair Islam? Korang fikir la sendiri!!!

Ps: Dibawah ni video perbualan Datuk Dr. Hassan Ali mengenai tindakan yang dilakukan oleh Si Khalid Gereja demi memusnahkan imejnya.

Dan yang lebih memeranjatkan, tindakan Si Khalid Gereja tu turut mendapat sokongan daripada Si Wali Terompah!!!

Tak kurang jugak pendedahan Datuk Dr. Hassan Ali ni ada kaitan dengan isu Bai'ah Talak Tiga yang memang ada klausnya dalam perjanjian Pakatan Pembangkang.

Categories: ,

3 ulasan:

  1. Apa pun kalau jelas bersalahan dan dah diistiharkan salahnya secara terbuka. Kena terus melangkah dangan pasti dasn beranilah... Tahniah YB Dato Dr Hassan Ali.

    BalasPadam
  2. PAS ni aku paham sangat la, tak mcm UMNO. Kalau dia boikot, boikot hanya pemimpin seorang saja, tapi kalau UMNO..boikot habis semua cawangan. Itu pengalaman yg tak payah nak tipu. Ada ketua pemuda UMNO bahagian tabur duit suruh org UMNO undi PAS sebab tak puashati pd pemimpin yg dipilih. Tapi PAS takkan begitu. Sebab tu walaupun pun PAS takdak TV tapi depa boleh menang. Makanya UMNO kena berhati2 kali ni. Kalau ada geran atau banglo nama sendiri cepat2 tukar tarok nama lain, kalau takmau kena rampas ketika BN merudum lepas PRU13 nanti..

    BalasPadam
  3. Anom 2011, sapa hang ni yang dok bagi komen macam orang gila.

    Habaq mai Ketua Pemuda UMNO bahagian mana yang dok taboq duit suruh undi PAS.

    Kalau hang tak bagi tau dalam blog ni hang pembohong besar.

    Kami nak tau, hang bagi nama dia. Jangan dok main tuduh orang, Berani komen berani tanggung.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping