Halamak ai!!! Dah jadi macam penyakit berjangkit pulak benda ni. Lepas sorang, sorang pemimpin PKR tu kena. Yang kena pulak Ahli Parlimen pompuan.
Ini mungkin sindrom terbaru kot. Dan katanya, penyakit ni semakin menjadi - jadi dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu sahaja.
Nak pulak bila masa nak dekat dengan Pilihan Raya ni. Bertambah - tambah la pemimpin PKR ni yang meroyan.
Tapi apa boleh buat. Penyakit diorang cari sendiri. Jadi, inilah akibatnya kalau dok asyik menipu rakyat je kerjanya. Mana orang nak percaya dengan diorang.
Nak harapkan diorang buat kerja untuk rakyat dan membantu mereka? Jangan harap la. Kalau nak menjahanamkan rakyat ada la!!! Bab tu pandai la diorang ni!!!
KUANTAN 24 Okt. - Seramai 100 penduduk dari Sabah yang bekerja dan tinggal di negeri ini menyertai UMNO apabila melihat parti itu mampu membela nasib rakyat di negara ini.
Majlis ringkas penerima borang kemasukan sebagai ahli UMNO itu diadakan di pejabat UMNO cawangan Taman Balok Makmur, di sini kelmarin dan ia disampaikan oleh salah seorang daripada mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Hazmi Mohd. Yusof.
Menurut seorang pengimpal besi, Rizal Hassan, 46, dia memilih UMNO kerana yakin parti itu berjuang dan memberikan yang terbaik kepada rakyat.
"Hanya dengan UMNO, nasib rakyat lebih terbela dan ini terbukti melalui pembangunan yang dilakukan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Sementara itu, seorang suri rumah, Suraini Abdul Kasim, 43, berkata, dia gembira kerana akhirnya dapat berjuang bersama parti itu.
Menurutnya, dia akan turut bersama parti untuk memastikan kemenangan UMNO dan merampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai oleh pembangkang.
Ketua Penaja cawangan itu, Harun Abdul Karim memberitahu, lebih 300 rakyat Sabah menetap di taman itu dan penubuhan cawangan tersebut memberikan peluang mereka untuk berjuang bersama UMNO. - Sumber UMNO Pahang Online
Muka sebiji macam Nizar KKK tu..cuba perhatikan betul2
BalasPadamTanpa nama