Isnin, Oktober 17, 2011


PAS tidak konsisten dalam perjuangannya untuk menubuh negara Islam apabila dilihat tidak berani bersuara dalam beberapa isu seperti hukum hudud dan murtad.

Kata ahli parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom, parti itu sanggup diperalatkan DAP dan PKR semata-mata untuk kepentingan politik semata - mata.

Ianya menimbulkan tanda tanya sama ada PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan kaum Melayu dan agama Islam, atau sekadar mengikut telunjuk pembangkang yang lain.

"Sejak akhir-akhir ini, PAS hanya mendiamkan diri apabila isu kes murtad dan nasib kaum Melayu dibangkitkan, malah parti itu bersikap 'dingin' apabila Umno berhasrat berunding dengan mereka demi perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Mengenai hukum hudud, Johari yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah, berkata PAS sebenarnya tidak mampu melaksanakannya di negeri Kelantan dan Kedah.

"Kenapa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan, tidak melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan selepas berjaya menawan negeri berkenaan untuk sekian lama?

"PAS sekarang dilihat terlalu terdesak sehingga membangkitkan isu-isu lama seperti hukum hudud, realitinya Malaysia tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan sekarang kerana ia memerlukan pandangan ulama-ulama, golongan pakar dalam perundangan Islam dan pandangan dari bukan Islam," katanya.

Sehubungan itu, Johari meminta PAS menghentikan permainan politik mereka dan kembali kepada perjuangan asal.

Mereka perlu menegakkan syiar Islam dan tidak hanya mengikut arahan DAP dan PKR semata-mata untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Kalau kita tengok, bukan setakat isu murtad atau hukum hudud je yang menjadi penghalang kepada PAS untuk melaksanakan agenda mereka.

Isu penjualan arak dikawasan majoriti Melayu pun turut dibantah oleh pemimpin mereka sendiri. Adakah itu yang dimaksudkan dengan perjuangan Islam?

Malah dalam isu pemeriksaan JAIS ke atas DUMC pun begitu jugak. Diorang takut nak menyatakan pendirian mengenai isu tersebut.

Sebaliknya, puak - puak Parti Angguk Saja tu menuduh UMNO menjadi dalang dan ada kaitan dengan pemeriksaan yang dijalankan. 

Secara tak lansung mereka mengatakan bahawa UMNO turut bertanggungjawab dalam memelihara kesucian Agama Islam daripada tercemar.

Yang diorang pulak, apa yang diorng dah buat? Setakat tengok je buat apa. Kata konsisten dalam mencegah gejala Murtad ni. Kalau konsisten, benda macam ni dah tentu takkan berlaku. Jadi tak payah la nak mendabik dada kata diorang ni pejuang Islam yang sebenar!!!
Categories: , ,

5 ulasan:

  1. Kuda mana boleh cakap banyak, nanti kena sebat dengan bos...

    NURUL IZZAH TIDAK SUKA PENDUDUK PUTRAJAYA MENDUDUKI RUMAH PR1MA? Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. PAS memang tidak berminat untuk membela masyarakat Melayu. Kami ingin berkongsi masalah penduduk Islam Sek 19 yang terpaksa berdepan masalah kuil Hindu. Walaupun rumah Naib presiden PAS tidak jauh dari kuil itu tetapi tidak ada usaha pemimpin itu untuk menyelesaikan masalah dihadapi jiran2 berhampiran kuil itu. Pihak kuil mendapat sokongan padu pemimpin dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Wakil Rakyat Islam terlalu menjaga hati puak kafir tanpa peduli kesan yang dihadapi penduduk Islam. Ramai yang tidak tahu masalah sebenar isu kuil di Sek 19 dan Sek 23 jadi panas pada tahun 2009. Penduduk dijanjikan PKNS kuil lama di Sek 19 akan pindah sebab disitu tapak rumah 16 unit. Th 1988 kuil itu kecil digunakan penduduk setinggan. Selepas th 2000 ramai penduduk India dari kawasan baru dibuka diSek 20 datang kekuil itu. Semua setinggan dipindahkan th 2005. Pd 2006 kuil semakin aktif selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Makin banyak aduan dibuat kuil makin besar tanpa kelulusan PBT. Bila buat aduan MBSA buat rondaan tetapi bila penguat kuasa beredar ubahsuai disambung lagi. Pada 28/07/2006 penduduk minta campur tangan Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa”. Realitinya tanah itu terus diceroboh. Julai 2007 aduan kepada BPR dan Biro pengaduan Awam JPM kerana kuil telah dibesarkan menjadi 5 bilik. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Usaha penduduk bertahun2 minta kuil pindah jadi sia2. Kemelut dihadapi penduduk bertambah sukar. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR dipapan tanda PKNS, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Aduan kepada wakil rakyat tidak ada tindakan. Pada 21/7/2008 tiga buah lori membawa masuk bahan binaan. Penduduk tahan sebuah lori mereka kata kerajaan Selangor lulus besarkan kuil. Aktiviti kuil bertambah hebat selepas itu. Pihak kuil tidak peduli sensitiviti penduduk majoriti Islam. Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Keadaan bertambah bising bila ada keramaian, mereka mula bergendang ketika azan Maghrib. Waktu bergendang semakin panjang hingga tengah malam. Kawasan penduduk jadi sesak dan kecoh bila mereka berkumpul ramai dikuil itu. Aduan demi aduan tiada tindakan. Penduduk minta bantuan NGO Dis 2008 ketika gangguan semakin kronik. Tetapi kedatangan NGO tidak disenangi Khalid Samad yg menyerang NGO pada 08/01/2009 (semak Minaq-Jinggo AP Shah Alam pertahan kuil). Pada 10/01/2009 Khalid Samad tulis artikel Persoalan Kuil Sek 19 yang minta ia disebarkan konon provokasi UMNO kerana PRK di Kuala Terengganu. Artikel itu tersebar luas dlm blog pro PR. Ada yang buat tuduhan UMNO nak rampas Selangor. Penduduk Sek 19 diganggu Hindu dan NGO yg membantu dikecam pembaca blog. Pada 12/1/2009 artikel Khalid Samad Undang2 DS dan BN menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Pada 18/8/2009 artikel Persoalan Kuil dikeluarkan semula bersama artikel Tapak kuil Sek 23. Menurut Khalid Samad ikutkan Hindu mereka ingin kuil kekal ditapak itu, Pada 19/8/2009 Khalid menulis dasar PR mudah “Tiada kuil baru tiada kuil diroboh”. Pada 30/8/2009 Khalid menyindir penduduk tinggal berhampiran kuil. NGO bantu penduduk Sek 19 disindir sebagai Tukang Perhangat dan Hero Melayu. Ogos 2009 TV Selangor siarkan sidang media Khalid mengenai pemindahan kuil Sek 19. NGO dituduh sebagai UMNO menimbulkan ketegangan di Sek 19? Siapa sebenarnya yang memulakan provokasi kepada penduduk Islam?

    BalasPadam
  3. Sambungan
    Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO?.Logikkah penduduk minta bantuan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa penduduk mengadu kepada Sultan, BPR dan Biro Pengaduan JPM? Kenapa pihak kuil yg disokong MIC semasa BN dulu disokong pula? Salahkah penduduk minta bantuan Pertubuhan NGO?. Adakah Wakil Rakyat menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak bantu penduduk Islam?. Penduduk menghadapi tekanan emosi kerana bunyi bising dari kuil setiap hari, penduduk juga yang terpaksa berdepan risiko dan situasi sukar dikawasan sendiri. Semasa menyambut Aidilfitri Okt 2008 gangguan bising lagu Hindu dipasang kuat setiap malam. Nov dan Dis 2008 ganguan bising menjadi2. Kumpulan berpakaian hitam bergendang sambil menyanyi dan bertepuk tangan menganggu ketenteraman awam. Kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu berkumpul bising, merempit, minum dan mabuk. Ada penduduk diminta bayar wang jika mahu kuil senyap ketika keluarga itu hendak mengadakan majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga. Ada penduduk yang diletak parang bersilang depan pagar rumah. Ada rumah diconteng besar nombor kumpulan gangster 303. Pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati ganggu kawasan dan laluan penduduk. Tindakan drastik NGO bina gelanggang mengurangkan sedikit masalah penduduk. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. 30 Mei 2009 YB Adun maklumkan kuil akan pindah. Tapak kuil baru dipilh berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Sek 23. Penduduk bantah kuil besar dikawasan satu ekar nak dibina berhampiran kawasan mereka. Tapak dikatakan 200 meter dari kawasan penduduk Sek 23 hanya diseberang Padang Permainan. Laporan MTEN Selangor Julai 2009 ada menyebut masalah penduduk Sek 19 hadapi tekanan akibat gangguan kuil dan bantahan penduduk Islam Sek 23. Kenapa tapak kuil dipagar walaupun penduduk buat bantahan?.Pada 28/8/2009 demo penduduk Sek 23 di SUK. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. Pada 26/7/2008 Hindu kuil Sek 19 buat perarakan bergendang waktu tengah malam jam 1 pagi bawa patung besar kuda terbang dihadapan rumah peduduk Islam. Suasana malam itu kecoh. Penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit “Apa komplen2 Melayu bodoh”. Kenapa Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Islam tidak ada tindakan segera?. Tetapi bila Melayu bawa kepala lembu kecoh jadi isu Negara. Harakah tuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Ramai pemimpin Islam PR buat ulasan isu kepala lembu menyalahkan sesama Islam. Kuil kecil yang membesar depan mata penduduk dilaporkan media PR berusia 150 tahun?. Pada 30/09/2009 risalah “ Isu pemindahan kuil di Sek 19 ke Sek 23” diterbitkan kerajaan Selangor menyalahkan penduduk Sek 19 dan Sek 23 serta NGO Islam dituduh menimbulkan isu perkauman. Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Sek 19 dibela dan disokong. Kenapa media PR lebih percaya maklumat pihak yang menceroboh tanah PKNS?. Adilkah jika laporan lebih banyak menyalahkan orang Islam sahaja? Penduduk terpaksa menerima cercaan pelbagai pihak kerana hendak mempertahankan hak dikawasan sendiri. Kenapa segelintir pemimpin politik Islam terlalu menjaga hati bukan Islam tetapi dalam masa yang sama tidak peduli sensitiviti masyarakat Islam sendiri?. Disebabkan pemimpin PAS berdendam dengan UMNO penduduk Islam yang terpaksa menerima kesannya.

    BalasPadam
  4. Sidang media Penduduk Seksyen 19 berkaitan isu kuil Hindu yang pada mulanya dikatakan 150 tahun selepas itu diturunkan kepada 106 tahun.



    Penduduk nafi kuil berusia 106 tahun

    SHAH ALAM 13 Sept 2009 - Penduduk Seksyen 19 di sini menafikan kenyataan seorang wakil penduduk Hindu di situ yang menyatakan Kuil Sri Maha Mariaman telah wujud 106 tahun sebelum merdeka. Kenyataan mengenai usia kuil itu disuarakan oleh seorang penduduk pada sesi dialog penduduk Seksyen 23 bersama Menteri Besar Selangor di sini pada 5 September lalu. Penduduk mendakwa kenyataan tersebut tidak berasas kerana ketika mereka berpindah ke situ pada tahun 1988, kuil itu hanya berkeluasan kurang 1.5 meter persegi dan sudah tidak digunakan lagi. Kuil itu difahamkan dibina untuk sementara sahaja bagi kegunaan pekerja estet.

    Seorang penduduk Khatijah Abu Bakar, 51, memberitahu, kenyataan wakil penduduk itu langsung tidak masuk akal kerana ketika berpindah ke Seksyen 19 pada 20 tahun lalu, kuil tersebut sudah lama ditinggalkan. Ketika itu katanya, difahamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjanji untuk merobohkan kuil berkenaan kerana kawasan tersebut sepatutnya dibina enam belas buah rumah. Tetapi jelasnya, pada tahun 2000 kuil tersebut diaktifkan semula oleh penganut Hindu dari Seksyen 20 dengan pengubahsuaian serta pembesaran kuil dilakukan pada 2006. ''Keadaan itu memaksa perwakilan penduduk membuat aduan dan satu papan tanda telah diletakkan oleh PKNS bahawa penceroboh akan didakwa.''Tetapi amaran tersebut tidak diendahkan oleh pihak kuil dan meneruskan pengubahsuaian itu sehingga hampir dengan rumah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Dia mendakwa semenjak pemerintahan kerajaan campuran di Selangor, majlis yang diadakan di kuil itu tidak lagi dikawal dan seperti mendapat sokongan daripada pemimpin.

    Seorang lagi penduduk, Sharkhiyah Ahmad, 51 berkata, kenyataan wakil penduduk semasa sesi dialog itu hanya mahu meraih simpati hingga cuba mereka-reka cerita tanpa fakta yang betul. ''Kenyataan wakil penduduk itu hanya cakap kosong sahaja bagi menarik simpati pihak kerajaan negeri yang seolah-olah memihak kepada mereka. ''Saya pun hairan kenapa pihak kepimpinan sekarang terlalu mengikut kata-kata mereka berbanding suara kaum majoriti?"ujarnya. Sharkhiyah turut menyifatkan pemimpin tertentu seperti talam dua muka iaitu menyatakan sokongan ketika berdepan kaum majoriti Melayu tetapi beralih ke belakang bersekongkol dengan pihak lain.

    BalasPadam
  5. Bro tanpa nama. Artikel ni akan Semut siarkan kemudian. Kalau ada surat yang sebenar, sila hantar kepada semuthitan80@gmail.com.

    sekian terima kasih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping