La, dua kali lima je rupanya diorang ni. Ingatkan PAS je yang terkecuali daripada menyingkirkan pandangan ahli. Rupanya, sama je diorang dengan DAPigs dan PKR.
Malah, lebih teruk dari itu, pandangan ahli ni lansung disekat agar jangan dilaporkan didalam mana - mana media. Siap diberi amaran pulak tu. Fuh!!! Dahsyat.
KOTA BARU, 12 Okt — Media di negara ini berhak mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam PAS terutama dalam soal hukum hudud, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.Katanya beliau sama sekali tidak akan menyekat usaha media untuk bertemunya dalam menyuarakan pendapat masyarakat bukan Islam terhadap isu itu.“Saya tahu apa kerja wartawan yang mahukan maklumat sebenar. Kenapa saya mahu menyekat mereka untuk mendapatkan gambaran sebenar itu.“Saya bekas wartawan dan prinsip saya jelas bahawa wartawan berhak tahu apa yang berlaku,” katanya dipetik Bernama Online.Hu berkata demikian mengulas tindakan Dewan Pemuda PAS Kelantan yang mendesak agar beliau tidak lagi menggunakan media berhubung isu hudud sebaliknya mengamalkan sikap berbincang mengikut saluran parti.Beliau berkata wartawan harus membuat laporan dengan tepat kerana khuatir ia akan dimanipulasi pihak tertentu bagi tujuan yang tidak baik.“Saya menyambut baik mana-mana pihak dalam PAS untuk berbincang dengan saya kerana ini yang saya mahu tetapi jangan sekat saya untuk bertemu media kerana saya tahu kerja wartawan,” katanya.
Belum pun diorang dapat jadi Kerajaan, suara ahli diperingkat akar umbi sudah diabaikannya. Kalau jadi Kerajaan nanti, macam mana pulak?
Sedangkan sekarang, jadi Kerajaan negeri pun, diorang tak pedulikan pandangan ahli parti sendiri. Inikan pulak dah dapat jadi Kerajaan Persekutuan.
Bukan ke diorang jugak yang mahukan amalan Kebebasan Media dan Kebebasan bersuara serta sebagainya? Dah kalau disekat macam ni, bebas kepala tengkorak dia.
Buktinya jelas dimana ianya berlaku di Penang, Selangor dan kali ini di Kelantan sendiri. Jadi, apa lagi alasan diorang nak bagi untuk menafikan perkara ni?
Cakap je pandai diorang ni. Tapi bila disuruh buat kerja, satu hapah pun diorang tak tahu. Buat memalukan je. Bila bercakap, itu nak Adil, ini nak Adil. Bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak suruh senyap. Adil Kepala Hotak Dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.