Tidak syak lagi. Mahu atau tidak, Anak Kesayangan Si Ketua Penipu ni semakin pasti akan bertukar tempat dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Dia yang KONONnya turut dikenali sebagai 'Srikandi' Reformasi tu terpaksa berbuat demikian kerana dia sendiri yang tak reti buat kerja.
Kalau setakat suruh dia bercakap, memang tak de masalah la. Tapi bila suruh dia buat kerja untuk raykat, satu hapah pun dia tak tau buat.
Jangan kata nak buat kerja untuk rakyat. Nak 'Mereformasi'kan keselamatan dikawasan sekitar Parlimen dia sendiri pun tak mampu.
Maka sebab itu la dia terpaksa akur dengan apa yang orang lain dah buat. Nak pulak bila rakyat dah semakin rapat dengan Datuk Raja Nong Chik ni. Lagi la dia terpaksa berubah tempat!!!
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kerjasama antara penduduk dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah di lokasi panas, Taman Sri Sentosa di sini, membuahkan hasil apabila kadar jenayah di kawasan itu menunjukkan penurunan.Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerjasama itu dilakukan melalui program Skim Rondaan Sukarela (SKS) di kawasan tempat tinggal penduduk."Ia ternyata memberi impak positif. Sejak PDRM mengenal pasti kawasan itu sebagai lokasi panas, penduduk mengambil inisiatif melalui SRS untuk bersama-sama membantu polis membanteras jenayah."Kerajaan yakin sekiranya SRS ini dapat dilakukan secara sistematik, ia boleh memberi impak berkesan kepada usaha kerajaan memerangi jenayah dan seterusnya mencapai Prestasi Petunjuk Utama (KPI) yang ditetapkan," katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional dan PDRM di Taman Sri Sentosa, di sini malam tadi.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kadar jenayah khususnya pecah rumah di kawasan itu menurun 30 peratus sepanjang sembilan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.Katanya, sejak terpilih sebagai kawasan panas, rondaan demi rondaan pihaknya di kawasan itu sentiasa konsisten bagi memastikan kadar tiada kejadian jenayah berlaku.Beliau berkata, kehadiran pihak polis dengan menggunakan motosikal dan kenderaan menimbulkan rasa takut penjenayah untuk melakukan jenayah.Bantuan kumpulan SRS yang bertugas pada waktu hujung minggu sangat dihargai dan membantu dalam penurunan kadar jenayah di kawasan ini."Sikap erat dan kerjasama yang diberikan harus dikekalkan bagi memastikan kawasan ini bebas jenayah dan selamat," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.