Jumaat, November 25, 2011

PETALING JAYA, 25 Nov — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan kebebasan rakyat di Malaysia lebih terhad ekoran undang-undang baru perhimpunan aman berbanding di Myanmar, negara Asean yang pernah mempamerkan rekod hak asasi manusia paling buruk.
Ambiga (gambar) berkata, Myanmar telah meluluskan undang-undang baru baru-baru ini yang membenarkan protes jalanan dan syarat-syarat yang jauh lebih kecil berbanding Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah transformasi politik beliau.
“Sesuatu yang memalukan apabila Burma (Myanmar) boleh mengesyorkan undang-undang yang lebih demokratik berbanding kita,” kata beliau hari ini.
Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, perkembangan itu satu penghinaan ke atas rakyat Malaysia kerana sebelum ini mereka dijanjikan dengan amalan demokrasi yang lebih luas.
“Tetapi sekarang adalah keadaan sebaliknya,” kata Ambiga dengan merujuk kepada janji Najib sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.
Parlimen Myanmar, negara didominasi tentera itu telah meluluskan undang-undang minggu ini yang membenarkan rakyatnya mengadakan protes secara aman tetapi hanya memerlukan penunjuk perasaan memaklumkan pihak berkuasa lima hari lebih awal.
Bagaimanapun undang-undang di Malaysia memerlukan penganjur memaklumkan polis 30 hari lebih awal. Protes jalanan dilarang.
Undang-undang Myanmar menggariskan bahawa penunjuk perasaan harus mengelak berhimpun di kawasan bangunan kerajaan, sekolah, hospital dan kedutaan.
Ps: Kalau dah Myanmar bagus sangat dari Malaysia ni, maka dengan segala hormatnya, dipersilakan Datuk Ambiga Sreenevasan ni kemas barang - barang dia.

Pergi pindah duduk kat Myanmar tu dan buat la apa yang dia suka. Tak payah nak susah - susahkan kepala otak duduk kat Malaysia ni.

Dia ada dalam Malaysia pun bukan nak membawa sebarang kemajuan atau perubahan untuk rakyat. Buat menyemak lagi adalah.

Ada hati nak bandingkan Malaysia dengan Negara orang lain konon. Kaji la diri sendiri tu dulu. Jangan main cakap ikut sedap mulut je. 

Dasar manusia tak sedar diri macam dia ni yang payah ni. Cakap pulak tak serupa bikin. Ikut kepala sedap kepala lutut dia je. Kerja pulak asyik nak menyusahkan orang je. Macam dah tak de kerja lain!!!
Categories: , , ,

11 ulasan:

  1. betina sundal ni patut dihalu je dr negara ni

    BalasPadam
  2. Hamba pun bersedia untuk membantu perpindahan Ambiga kalau dia nak pindah ke Myanmar. Tinggal di Malaysia ini pun selalu kena susah susah mencipta susah bagi menyusahkan orang ramai jer. Pergilah.

    BalasPadam
  3. Sapa lah yang bagi dia gelar 'datuk' tu yea...!? tak bole tarik balik ker...? Makin menyundal ejen Zionis nih....KDN @ Hisham 'mulut besau' tak kan sengeh jer kot....bodo punya menteri buat malu bangsa Melayu @ Keturunan 'tok' kau...ciiisss !!

    BalasPadam
  4. tarik balik gelaran datuk dia ini

    BalasPadam
  5. Sangat bersetuju dengan cadangan tuan - tuan sekalian.

    BalasPadam
  6. Memang betul tapi bukan dia seorang aje..patutnya yang satu kepala dengan dia ni pun patut2 angkat kaki dan pergi kat negara mana yang sebulu..bukan di NEGARA MALAYSIA yang di SAYANGI ini.

    BalasPadam
  7. Jangan manjakan sgt puak puak ni,halau ajer.Dia tak pernah rasa susah macam org Melayu yg sokong dia.

    BalasPadam
  8. KAU orang sibuk2 suruh si ambiga berambus ni kenapa? agong pun tak kisah kalau negara ini hancur, lu siapa?? sepatutnya yang perlu berkemas untuk dikeluarkan dari negara ini adalah kita orang2 melayu yang terlalu baik budi pekerti, kan gitu?? Tun Mahathir kata 10 tahun, tapi bagi aku cuma tunggu PRU 13 jer!!!!!!!!

    BalasPadam
  9. sokong la lagi dia ni. Kepala dia dah semakin besar. Hehe masa bersih dia pun terkejut pengikut berserban dan bertakbir sokong dia. Mesti dia fikir orang2 ni berpotensi tinggi kekal sebagai pengikut seumur hidup..Angkat la aku sebagai pemimpin hehe...Teka kemana aku akan bawa kamu...

    BalasPadam
  10. Kesyorga duniawi...

    BalasPadam
  11. yg bodoh nya yg pakai serban dan kopiah tu pun sokong habis ....tanya dia dari mana asal usul nenek moyang dia,kalu rasa tak suka MALAYSIA ni pi beranbus lah baru lah pro....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping