Cuba korang baca petikan artikel dibawah ni. Apa pandang korang terhadap luahan hati seorang ADUN mengenai isu tersebut?
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) dari PKR, Hee Loy Sian mempersoalkan tindakan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kawasan itu pada pili-han raya umum akan datang.
Ini kerana, beliau yakin Zaid tidak akan menang kerana sejarah bekas Menteri Kabinet itu yang dua kali ‘lompat parti’ menjadi faktor rakyat enggan memberikan undi kepadanya.
“Saya hormat Zaid, tetapi amat sukar baginya untuk membolosi kawasan ini. Lagipun, penduduk tidak kenal Zaid dan beliau tiada pengaruh di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Zaid semalam yang mahu bertanding di kerusi Parlimen PJS dengan alasan sudah biasa di kawasan itu, faktor pecahan kaum dan permasalahan rakyat yang masih belum terbela sepenuhnya.
Kerusi PJS kini disandang Loy Sian selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Donald Lim Siang Chai dengan majoriti 5,706 undi.
Pada masa sama, Lian Sian turut melahirkan kehairan dengan keputusan Zaid itu kerana majoriti pengundi di PJS berbangsa Cina.
“Tidak ramai orang Melayu di sini. Jika beliau tetap pilih kawasan ini, memang tipislah harapan untuk menang. Kalau benar hendak bertanding, pergilah tempat lain seperti Kota Bharu, Kelantan,” katanya.
Nampak sangat yang ADUN dari Parti Kencing Rakyat sekor ni takut nak berhadapan dengan Zaid Al -Araki tu. Kalau tidak, buat apa dia bagi alasan yang bukan - bukan?
Mana dia tau yang Si Zaid ni takkan menang jika dia bertanding di Petaling Jaya Selatan dalam PRU akan datang? Dia boleh tentukan ke undi yang rakyat akan berikan?
Kalau sebelum ni, Si Ketua Penipu bukan main yakin lagi kata bahawa kawasan Wilayah ni merupakan Kubu kuat PKR.
Jadi, untuk apa ADUN PKR Petaling Jaya Selatan ni keluarkan kenyataan seolah - olah dia takut nak berhadapan dengan Si Zaid Al -Araki tu?
Bukan setakat itu sahaja. Dia siap suruh Si Zaid ni pergi balik bertanding di Kota Bharu hanya semata - mata disana lebih ramai pengundi Melayu kata dia.
Tak ke itu boleh dianggap satu kenyataan yang rasis? Adakah pengundi Cina hanya akan mengundi wakil rakyat Cina sahaja dan bukan dari kalangan bangsa lain?
Dengan kenyataan itu sahaja, kita boleh lihat sejauh mana mentaliti pemimpin - pemimpin PKR ni sebenarnya yang sememangnya Retorik belaka.
Diorang tuduh BN amalkan Politik berlandaskan kaum sedangkan dikalangan diorang sendiri pun, perkara itu jugak yang jadi makanan harian.
Tapi nak buat macam mana ye tak. Kalau dah dasar Penipu tu, Penipu la jugak!!! Diorang bukan ada kerja lain pun nak dibuat!!!
Tak leh lah dia cakap macam tu Dato' Zaid mesti fikir cina cina Parlimen PJS tu dulu bukan mengundi DAP dia mengundi calon PKR.. tapi nak cerita pon tak guna Khalid Gagap belum tentu bersama membubarkan Dewan Negeri.. tapi dia takut apa RM300 juta ada tabur aje lah pasti menang punya yang ni Dato" Zaid lupo kot..
BalasPadam