Isnin, November 21, 2011


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang jika diberi lampu hijau oleh Parlimen.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dalam perkara itu, pihaknya sedia bekerjasama dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) yang dibentuk untuk menambah baik proses pilihan raya.


“Setakat ini, isu penggunaaan dakwat kekal masih dalam perbincangan. Selepas diluluskan Parlimen, disokong oleh kerajaan, SPR akan mendapatkan maklum balas daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) pula,” katanya.


“MFK akan beri nasihat selepas buat kajian mengenai isi kandungan dakwat dengan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.


Selain itu, beliau turut mengulas pandangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang membenarkan dakwat digunakan pada pili-han raya tanpa perlu meminda peraturan.


“SPR akan meneliti pandangan itu dan tidak semestinya menerima (guna dakwat). Ini kerana, sebelum ini pun kita mendapat pandangan beliau dan membatalkan penggunaan dakwat saat-saat akhir kerana wujud kekangan undang-undang, bukan SPR buat keputusan sesuka hati.


“Malah pada pilihan raya 2008, SPR telah beli RM5 juta dakwat, tetapi membatalkan penggunaannya pada saat akhir atas nasihat Peguam Negara,” katanya.


Menurutnya, tindakan ini disalah tafsir sehingga SPR dituduh sebagai dalang untuk tidak mahu laksanakan penggunaan dakwat itu.


Beliau juga tidak mahu mendedahkan, negara mana dakwat itu diperoleh kerana melibatkan isu keselamatan.


Mengenai dakwaan sesetengah pihak konon dakwat kekal boleh dicuci dengan menggunakan peluntur atau sabun, Wan Ahmad berkata, dakwat itu boleh tahan selama dua minggu.


Selain itu, katanya, kos membeli dakwat meningkat kerana berlaku penambahan pengundi berbanding 2008.


Ps: Isu pasal dakwat kekal ni masih tak dijawab lagi dek puak - puak Pakatan Pembangkang. Jadi macam mana Jawatankuasa Khas Pilihan Raya nak buat keputusan?

Yang puak - puak Pakatan Pembangkang tu pulak dah jadi bisu. Nak pulak Si AmbiGampang tu. Kenapa dia tak jelaskan perkara ni kepada rakyat?

Nampak sangat yang diorang ni sebenarnya dah terperangkap dalam jerat mereka sendiri. Itu pasal la diorang jadi bisu dan membongok tak tentu arah!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. elok sangat. tak yah pakai dakwat kekal tu. Parlimen undijangan guna aje. Duit elaun ahli YB YB pun dua tiga ekor tak mau, semua tak dapat.Ada YB YB BN bising. Kelak bila parlimen tolak guna dakwat kekal, banyaklah kera kera lembu lembu berserban berkopiah ambiga xxx akan berteriakkan kata kerajaan tidak adil.

    BalasPadam
  2. anakanda semut hitam,

    SELAMAT PENGANTIN BARU!!

    ambo baru tahu bila melawat blog GT tadi! Semuga Kekal Berbahagia ke anak cucu, InsyaAllah.

    ambo panggil anak sbb rasanya semut ni baya anak sulung ambo barangakali, nak masuk 25tahun. harap2 semut dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dgn baik, InsyaAllah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping