Sabtu, November 19, 2011

"YES!!! Ada Jugak Cara Aku Nak Rembat Duit Rakyat!!! Hahaha..."
Pelik jugak dengan perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang kata diorang tak nak bazirkan duit rakyat dan sering kali menuduh pemimpin BN je yang macam tu.

Tapi dalam masa yang sama, gaji diorang sebagai Ahli Parlimen tetap jugak diorang sebat walaupun diorang tak pergi ke sidang Dewan.

Diorang tetap jugak menggunakan kelebihan - kelebihan sebagai Ahli Parlimen yang ternyata menggunakan duit cukai rakyat sedangkan satu hapah kerja pun diorang tak buat.

Jadi, macam mana pulak diorang boleh kata yang diorang tak nak bazirkan duit rakyat dalam ertikata sebenarnya?

Si Khalid Gagap dan juga Biawak Guan Eng lagi teruk perangainya. Dah la diorang sapu duit elaun jadi Ahli Parlimen, disapunya jugak duit elaun ADUN.

Itu belum masuk lagi duit - duit elaun sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri. Duit elaun sebagai Pengerusi Kemajuan Negeri masing - masing.

Semua tu duit sapa yang diorang kebas kalau bukan duit rakyat? Itu yang dikatakan yang diorang tak bazirkan duit rakyat? Kepala Hotak Dia!!!

Lagi teruk ialah apabila diorang enggan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan Parlimen. 

Kononnya nak bagi laluan untuk melaksanakan Bajet yang dibentangkan sebelum ini demi menjaga Kebajikan rakyat.

Tapi, dalam masa yang sama, diorang tak sedar yang diorang juga bakal membazirkan duit rakyat dengan mengadakan Pilihan Raya berasingan kelak.

Kalau habis setakat dua tiga ringgit tak pe la jugak. Semut pun boleh bayar kalau macam tu. Ini sampai dua tiga puluh juta. Tak ke membazir namanya tu?

Kot ye pun nak sapu duit rakyat, jangan la anggap rakyat tu bodoh dan tak sedar benda yang korang buat. Rakyat nampak dan mereka menilai setiap tindak tanduk pemimpin mereka.

Jadi, tak payah la diorang nak buat alasan kata tak nak bubarkan DUN serentak. Bukan apa, Semut takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak yang berterabur!!! Masa tu, Baru Padan Dengan Muka Diorang!!!

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kira-kira RM40 juta wang rakyat terpaksa dibazirkan jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkeras mahu mengadakan pilihan raya berasingan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu menggambarkan kerajaan negeri tersebut mengutamakan kepentingan politik semata-mata.
"Biarpun ia adalah hak kerajaan negeri mengikut undang-undang tubuh negeri, tetapi adakah kerajaan negeri akan membiayai pilihan raya (berasingan) itu?
"Banyak perkara perlu dilihat termasuk kepentingan rakyat, pembaziran wang dan tenaga kerja juga akan bertambah termasuk polis yang terpaksa mengawal ketenteraman awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Mengapa mesti tunggu selepas 6BULAN? bgaimana jk PRU diadakan selepas 24april 2013 iaitu tarikh akhir pembubaran parlimen?adakah kjaan selangor yg dikuasai PKR bertuankn DAP akan tunggu shingga 6bulan selepas itu utk pmbubaran DUN?

    jika benar alasan utk kebajikn rakyat, Mengapa PKR yg bertuankn cina kiasu DAP tidak ambil kputusan utk bubarkn DUN selepas prncangan bajet 2012 terlaksana sepenuhnya? tidak kira sama ada sblm pru13, semasa atau selepas pru13, asalkn bajet 2012 sudah terlaksana maka dun boleh dibubar. MENGAPA MESTI 6BULAN SELPAS PRU13? mengapa?

    jelas motif bukan utk jg kebjikn rakyat dgn alasan bajet2012 terlaksana, tetapi semua bermotifkn kepntingan politik dan demi periuk nasi PKR yg bertuankan cina kiasu DAP semata2. mrk nak lihat sokongn rakyat dlm pru13. jk rakyt memihak kpd BN, maka tidak mustahil mrk akan meningkatkn usaha dan jentera utk menghabis serta memufliskn kekayaan ngeri selangor melalui anak2 syt negeri spt MBI, PKNS dgn mmberikn gaji dan elaun melampau2 kpd kroni mrk. jk skrg. dlm 2thun gaji kroni mrk dlm PKNS 1.4juta, maka akan datang dlm masa 6bulan shj, gaji dan elaun kroni akan digandakan kpd 14juta atau 1.4bilion, tidakkah begitu wahai penasihat ekonomi selangor?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping