Khamis, November 17, 2011


Apa nak jadi dengan Si Wali Terompah sorang ni ye? Kalau buat dakwaan dan cakap orang lain kafir, bukan main lagi dia.

Tapi dalam masa yang sama, dia lagi takut kepada kafir lebih daripada dia takut kepada Allah. Macam mana dia nak kata yang dia tu Islam kalau demikian keadaannya?

Itulah. Orang dah cakap. Jangan campurkan politik dengan agama. Lebih - lebih lagi kalau nak diperalatkan agama tu sebagai senjata demi mendapatkan kuasa. Memang tak jadi apa.

Yang sepatutnya dibuat ialah berpolitik berlandaskan kepada agama. Tapi kalau dah sampai takutkan orang lain demi nak mendapatkan sokongan, perjuangan agama menda kejadahnya kalau macam tu!!! Menjahanamkan agama lagi ada la!!!
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat takut kepada DAP apabila gagal menyatakan pendirian sebenar berhubung siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah masih meraba-raba mencari jawapan dan tidak pasti mengenai pendirian Pas berhubung perkara itu apabila menyatakan ia hanya akan diketahui selepas pilihan raya umum berlangsung.
"Rakyat pasti hendak tahu sekarang. Kenapa Nik Aziz tidak nyatakan sahaja bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang?. Bukankah beliau Presiden Pas?
"Dan kalau Hadi jadi Perdana Menteri, maka bolehlah diwujudkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud. Jadi tidak perlu salahkan orang lain mengenai pelaksanaan hudud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penafian Nik Abdul Aziz terhadap dakwaan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha pihak tertentu di dalam pakatan pembangkang untuk mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 pada pilihan raya umum akan datang.
Ibrahim berkata, penafian Nik Abdul Aziz itu membuktikan bahawa Menteri Besar Kelantan itu takut kepada DAP untuk menyatakan pendirian sebenar Pas itu.
"Ia sekali gus memperlekehkan pucuk pimpinan parti itu sendiri. Amat memalukan. Jika hendak tunggu selepas pilihan raya umum, macam-macam boleh berlaku. Tidak mustahil Lim Kit Siang (Penasihat DAP) jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Ibrahim turut mempersoalkan mengapa Nik Abdul Aziz tidak menamakan sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini.
Katanya, perkara itu membuktikan bahawa banyak perkara berhubung dasar-dasar antara parti di dalam pakatan pembangkang yang tidak jelas dan tiada kesefahaman sesama sendiri.
"Maka hasilnya akan timbul kekecohan sehingga menjejaskan kestabilan politik negara," katanya.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping