Khamis, November 24, 2011


Semut dah banyak kali ulang. Si Nurul Izzah ni kalau orang kata dia bodoh, dia marah. Tapi perangai mengalahkan budak tak pergi ke sekolah.

Orang lain cakap sekali je, diorang dah faham. Ini sampai nak kena ulang dua tiga empat kali, menda kejadahnya? Tak reti bahasa ke budak Nurul Izzah ni?

Kot kalau tak paham bahasa Malaysia atau bahasa Melayu, mintak la penjelasan dari Kementerian dalam bahasa Inggeris. 

Tapi kalau dasar tak reti bahasa, cakap la bahasa apa pun. Dia gerenti tak paham punya. Maklumlah, budak baru habis belajar. Nak berjalan pun tak reti, inikan pulak nak bercakap.

Kalau setakat tak reti bahasa, tahan jugak lagi. Ini tak reti apa - apa lansung. Nak buat kerja untuk rakyat pun dia tak tahu. Yang dia tahu, menipu rakyat. Lepas tu, pertikai kerja orang lain. Itu je la kerja dia pun!!!
Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berterusan mahu mempolitikkan isu pembelian kapal selam mendapat pengajaran bermakna di Dewan Rakyat semalam, apabila beliau 'dibelasah' Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Latiff Ahmad.
Abdul Latiff yang tidak senang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas Nurul Izzah walaupun isu tersebut telah dijelaskan berulang kali berkata, kontrak perolehan setiap kementerian dibuat mengikut prosedur yang sama, tetapi kenapa hanya kementerian itu menjadi mangsa.
"Ini bukan komisen, semua yang berkait dengan pembelian termasuk kos latihan kepada kru kapal selam di Perancis tertera dalam kontrak. Bodohlah kerajaan kalau selepas kontrak tersebut sudah diberi kepada Syarikat Peri Mekar kemudian kita beri lagi komisen Yang Berhormat,'' tegasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.
Abdul Latiff menegaskan perkara tersebut telah diterangkan berulang kali menerusi jawapan lisan tetapi Nurul Izzah tidak hadir dalam Dewan.
''Berbuihlah mulut kalau kita nak bercakap benda yang sama berulang kali. Yang Berhormat apa yang saya katakan adalah benar, benar, benar dan benar belaka.
"Kalau Yang Berhormat rasa kerajaan kita ini bodoh sangat nak bagi komisen suruhlah peguam dari Perancis itu sapina. Bukan setakat Menteri Pertahanan, sapina saya pun tiada masalah," tegasnya.
Ps: Dari hari tu, Peguam Perancis tu kata nak buat Sapina. Tapi sampai hari ni, HARAM satu pun tadak. Apa hal?  Apa yang dia tunggu? Sapina je la. Cakap banyak pun tak guna!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. AGAKNYA MASA BAPANYA MASA BERKUASA DALAM BN MR KOMISEN KOT,BERKUASA SAMPAI BANYAK BENDA YANG PM TAK TAU MASA TU,TU YANG DIA TAU SEMUA

    BalasPadam
  2. Sah..ingat lah rakyat Malaysia..Bapa Izzah ni bukan ahli atau ketua cawangan UMNO but TPM..senang aje ..Bapa Izzah tu orang FRUST dari UMNO...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping