Khamis, November 24, 2011


Memang sah la yang Si Mahfuz Bean ni memang Bingai tak ingat dunia. Dia nampak gayanya memang buta dari melihat Kebenaran.

Atas sebab itulah, dia menolak Perpaduan Ummah diantara PAS dan juga UMNO secara mentah - mentah. 

Sedangkan perkara pokok dalam Islam pun boleh ditolak, inikan pulak benda lain. Tidakkah dia tahu yang kesatuan Ummah itu merupakan perkara utama dituntut dalam Islam?

Dengan alasan yang dia bagi pun, kita dah tahu yang dia ni bongok. Dia kata, UMNO buat kenyataan tersebut hanya nak menunjukkan bahawa PAS ni parti yang sombong dan angkuh.

Dah memang ye pun, diorang memang sombong dan angkuh, nak kata apalagi? Tengok dari cara dia menolak pelawaan untuk mewujudkan Perpaduan Ummah pun kita dah boleh tau.

Jadi, tak payah la susah - susah dia nak bangga dengan sikap sombong dan angkuh dia tu. Kelak, kalau jadi UMNO dan PAS bersatu, orang macam dia ni yang kena ditendang dulu. Kalau ada pun, buat semak je. Konon nak memperjuangkan Islam. Ceit!!! Pigidah!!!
KUALA LUMPUR, 24 Nov — PAS menegaskan parti itu akan kekal sebagai “anggota pasukan” Pakatan Rakyat sambil mendakwa Umno sengaja mahu meneruskan gambaran negatif kononnya parti Islam itu sebagai “angkuh dan sombong.”
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno selaku parti teras dalam Barisan Nasional (BN) sedia tahu dan sedar bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan seumpama itu lagi, dan dengan itu pihak berkenaan mahu meneruskan retorik lama, yang dimulakan pada 2008, mempelawa agar dibentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan.
“PAS sudah banyak kali menegaskan pendirian kami bahawa kami akan kekal bersama Pakatan Rakyat, pasukan Pakatan Rakyat... bukannya pasukan Umno-PAS.
“Itu sudah jelas. Jadi mengapa nak terus mengajak kami? Jadi ia tidak lain tidak bukan untuk memberi persepsi bahawa PAS ini seolah-olah sombong dan angkuh, tidak mahu menerima pelawaan Umno,” kata Mahfuz ketika dihubungi sambil menegaskan PAS bukannya sombong tetapi tidak mahu menerima kerjasama politik Umno.
“Itu jelas. Kami akan kekal dalam pasukan Pakatan Rakyat untuk menggantikan pasukan Umno-BN,” katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pelawaan-pelawaan sedemikian khususnya ketika menjelang pilihan raya umum dan lebih-lebih semasa musim perhimpunan agung parti itu.
Umno akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya minggu depan. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
Idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik PAS-Umno menjadi perhatian sejak selepas perubahan landskap politik negara tiga tahun lalu.
“Saya pun tidak hairan jika mereka jadikan ia sebagai satu isu dalam perhimpunan mereka,” kata beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, antara lain berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah dan “mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping