Isnin, November 21, 2011

La!!! Tak Bangun - Bangun Lagi Dari Semalam???
Jaga Kebajikan Rakyat Betul Dia Ye???
Hah! Ini satu lagi artikel mengenai contoh - contoh bagaimana puak - puak Parti Angguk Saja tu menjaga Kebajikan Rakyat di Negeri mereka sendiri.

Ini belum kira diorang memerintah Negara lagi. Baru memerintah Negeri pun dah tak mampu nak bagi bantuan kepada rakyat. 

Habis, macam mana diorang nak jaga Kebajikan Rakyat diseluruh Negara selepas dapat menguasai Kerajaan Pusat nanti? Mampu ke diorang nak buat semua tu?

Yang dok ada sekarang pun tak terbantu, inikan pulak nak bantu orang lain. Setakat cakapje boleh la diorang ni. Bila suruh buat, memang sah HamPAS belaka!!!
KAMPUNG SRI SENTOSA – Sekumpulan petani dekat sini mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila padi musim ini tidak dituai seperti dijanjikan.



Mereka hanya mampu melihat hasil padi mereka rebah menyembah bumi dan ditenggelami air apabila musim hujan semakin hampir.

Mat Hassan Mamat, 55, berkata, semua itu berlaku kerana mesin padi yang dijanjikan orang tengah tidak tiba beberapa minggu lalu.

Menurutnya, lapan petani yang mengikat janji dengan orang tengah dari Kampung Jejuluk diperdaya dan akhirnya membuatkan mereka kerugian.

“Sepatutnya kami di sini menuai padi sebulan lalu ketika padi mula-mula masak. Kini sudah hampir sebulan dan banyak padi rosak di tangkai.

“Akhirnya kami kerugian akibat sikap tidak bertanggungjawab orang tengah yang mungkir janji tidak membawa mesin padi ke sini,” katanya.

Beliau berkata, musim lalu hasil padinya mencecah RM30,000 dan kali ini dia kerugian tiga per empat daripada hasil yang sepatutnya diperoleh.

Seorang lagi petani, Husin Junuh, 65, berkata, padi seluas empat ekar (1.61 hektar) yang diusahakannya menjadi ‘baja tanah’ begitu sahaja kerana tidak dapat dituai.

“Musim lepas pakcik boleh dapat hasil RM6,500 daripada tanaman padi. Tahun ini padi lebih baik daripada tahun lepas kerana tiada kerosakan yang berlaku, tetapi lain pula jadinya apabila tiada mesin untuk menuai.

“Kini musim hujan semakin hampir dan pakcik percaya tahun ini kerugiannya melebihi RM10,000 kerana semua musnah begitu sahaja,” katanya
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping