Kalau dia tak baca berita dibawah ni pun, Si Khalid Gereja tu memang dah sedia sakit jiwa sebenarnya. Tak lupa jugak dengan sakit otak.
Sebelum ni, dia beria - ia benar menolak penganjuran Himpunan Sejuta Umat yang telah diadakan di Stadium Shah Alam.
Walaupun Himpunan Sejuta Umat tu diadakan adalah bagi menzahirkan kesedaran dikalangan Umat Islam terhadap bahayanya agenda Murtad dikalangan umat Islam ketika ini.
Tapi, Si Khalid Gereja ni bukan peduli sangat pun dengan soal akidah umat Islam ni. Dia bantah sebab Datuk Dr. Hassan Ali turut hadir dalam Himpunan tersebut.
Maka sebab itulah dia cipta macam - macam alasan agar orang ramai terutamanya ahli - ahli PAS yang sayangkan akidah Ummah tidak hadir menyertainya.
Bila orang ramai tak datang, dia boleh la cakap yang usaha Datuk Dr. Hassan Ali tu gagal. Padahal, dia yang tak pergi tu lebih gagal sebenarnya.
Dia GAGAL sebagai pemimpin yang KONONnya memperjuangkan Islam dan sentiasa istiqomah menentang agenda murtad ni.
Sampai hari ni, PAS masih lagi tidak dilihat mengambil apa - apa tindakan sekali pun bagi menangani gejala ini daripada berleluasa.
Jadi, macam mana Si Khalid Gereja ni berani mendabik dada mengatakan yang PAS itu parti Islam yang sebenar sedangkan isu ni hanya dipandang remeh?
Dan sebab itu lah dia semakin sakit jiwa bila membaca artikel dibawah ni. Pesan Semut, jangan dia sakit jiwa sampai sakit otak sudah la!!! Kang tak pasal - pasal masuk Tanjung Rambutan pulak!!!
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan mengadakan siri jelajah di tiga negeri - Perak, Negeri Sembilan dan Johor - pada bulan depan dan Januari ini.Bermula di Perak dengan lokasi di Stadium Indera Muda, Ipoh pada 17 Disember ini, Himpun seterusnya akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 7 Januari dan Johor pada 28 Januari di lokasi yang masih belum diputuskan.Pengerusi Bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketiga-tiga negeri itu dipilih kerana kesediaan jawatankuasa di negeri berkenaan untuk melaksanakan program itu.Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata, tujuan siri jelajah itu dibuat adalah sebagai resolusi perhimpunan pertama di Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober lepas untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dari pelosok negeri mengenai akidah serta menyemarakkan rasa sayang kepada agama Islam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.