Mungkin itulah yang nak disampaikan oleh Dr. Asri dalam laporan yang disiarkan melalui Portal Malaysian Insider ni.
Beliau dengan jelas mengkritik Dewan Pemuda PAS yang maksum dan tidak boleh ditegur itu serta menasihati mereka agar lebih demokratik.
KUALA LUMPUR, 1 Nov — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kelmarin diselar oleh Dewan Pemuda PAS berkenaan kenyataan berkaitan dengan isu konsert artis Elton John berkata, sayap parti Islam itu wajar memperlihatkan sikap yang demokratik kerana pihak berkenaan bercita-cita mahu menjadi kerajaan.“Apabila PAS bercita nak jadi kerajaan, sudah pasti rakyat akan memberikan pandangan kepada mereka sepertimana mereka sering mengkritik kerajaan yang ada sekarang.“Maka, Pemuda PAS wajar memperlihatkan sikap yang demokratik sebelum memerintah,” kata beliau dalam satu ulasan yang diemel kepada The Malaysian Insider.Asri yang kini berada di Pusat Pengajian Islam Oxford sebagai felo menambah, mendengar cadangan rakyat dengan baik dan menolak dengan baik jika tidak bersetuju adalah sangat penting diamalkan oleh kepimpinan parti itu.Justeru katanya, sikap cabar-mencabar kerana enggan menerima sesuatu cadangan hanya menunjukkan sikap kurang terbuka.“Itu bukan contoh atau petanda yang baik untuk mereka yang ingin membentuk kerajaan yang demokratik,” katanya.
Kalau diorang ni tak demokratik, abis, fahaman apa yang diorang ikut? Komunis yang nak suara diorang je didengar dan tak boleh ditegur oleh rakyat?
Kalau macam tu keadaannya, macam mana nak jadi Kerajaan nanti? Atau adakah PAS sekarang dah mengamalkan dasar Parti Kencing Rakyat?
Dalam PKR, diorang bukan setakat tak dengar cakap orang luar. Malah suara dari kalangan ahli - ahli sendiri pun diorang buat tak layan je.
Mereka juga turut meminggirkan pandangan dan cadangan serta seruan ahli - ahli mereka sendiri. Tapi dalam masa yang sama sibuk dok suruh orang ikut pandangan dia.
Tak ke Retorik namanya tu? Suara ahli tak nak didengar, tapi suara dia pulak nak orng ikut. Demokratik menda kejadahnya kalau macam tu.
Itu masa belum memerintah. Dah tak nak dengar nasihat dan lansung tak boleh ditegur. Kalau dah jadi Kerajaan nanti, lagi punah la jawabnya. Rakyat pun tak dipedulikan lansung. Orang macam ni yang nak dijadikan pemimpin? Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.