Sabtu, November 19, 2011


Halamak Ai!!! Tak sangka betul Semut. Ingatkan setakat Biawak je yang pandai main Poo...singh cerita ni. Rupanya anjing pun pandai main Poo...singh jugak ye.

Apa ceritanya ni? Anjing mana pulak yang pandai main Poo...singh cerita ni? Meh baca sebahagian daripada artikel yang ditulis dibawah ni.
Saya merujuk kepada lapuran yang disiarkan semalam 18 Nov 2011 oleh laman portal MalaysiaKini yang pro Anwar Ibrahim bertajuk “Zul Noordin pula minta RM60,000-00” yang dipetik dari buku tulisan Syed Husin Ali bertajuk “Memoir Perjuangan Politik” yang dilancarkan semalam oleh Anwar Ibrahim. Didalam buku itu, Syed Husin Ali mendakwa mendengar cerita yang kononnya saya meminta bayaran berjumlah RM60,000-00 untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding.
Saya tidak menjangka yang Anwar Ibrahim sekarang begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan khidmat “anjing-anjing pencen” apabila berhadapan dengan pembongkaran dan pendedahan kebenaran demi kebenaran yang sudah diketahui umum.
Daripada pembongkaran dan pendedahan mengenai fahaman pluralisma yang dianutinya saperti yang terkandung didalam ucapan beliau pada 18.03.2010 di London School of Economics yang menyatakan semua agama sama, kepada perlakuan seks beliau saperti yang didedahkan oleh rakan karibnya Datuk Eskay Abdullah, kepada kes beliau meliwat stafnya sendiri Saiful Bukhari Azlan, kepada terbongkarnya pembohongan beliau mengenai konspirasi 16 Sept 2008 saperti yang didedahkan oleh rakan baik beliau YB Datuk Seri Zahrain Hashim, dan kepada pelbagai pembongkaran dan pendedahan kebenaran makhluk yang disebut oleh Datuk Seri Zahrain sebagai “raksaksa pelbagai wajah!”.
Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa menggunakan khidmat “anjing-anjing pencen” untuk menyerang para pejuang kebenaran dan anti-kebatilan termasuk saya, YB Senator Ezam Mohd. Nor dan lain-lain.
Saya ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan saya mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan saya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika saya bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi didalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga RM60,000-00 sebulan!
Fuh!!! Rupanya, bukan Si Zul Nordin yang mintak duit. Sebaliknya Si Syed Husin tu yang tawar duit tersebut kepada Zul Nordin.

Pandai dia Poo...singh cerita ek. Lepas tu dia tulis pulak kata Si Zul Nordin ni yang mintak duit pampasan tersebut daripada PKR untuk kosongkan kerusi dia.

Inilah sifat sebenar puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya. Semua benda diorang nak putar belitkan demi kepentingan Politik mereka semata - mata.

Hasratnya nak mengaburi mata rakyat agar mereka percaya dengan apa yang didedahkan. Tapi diorang silap. Diorang ingat rakyat Malaysia ni bodoh agaknya.

Kalau diorang nak tipu buat cerita pasal orang mati boleh la. Ini orang masih hidup pun nak difitnahnya. Tak bodoh, bangang namanya tu.

Buat YB Datuk Zulkifli Nordin, Semut sarankan agar dia ambik tindakan terhadap pendedahan dan dakwaan yang dibuat oleh Syed Husin ni.

Bukan apa. Untuk buktikan bahawa dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar sama sekali. Biar diorang tau yang langit tu tinggi ke rendah. Jangan asyik nak berjalan mendongak ke langit je kerjanya!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. padan dgn muka zul, sapa suruh buat baik dengan penyangak semua tu, cerita ini kekal sebagai benar selagi zul tidak mengambil tindakan mahkamah iaitu menyaman syed husin tu

    BalasPadam
  2. memang setuju sgt akn kekal benar selagi zul tak ambil tindakan saman, hang kan peguam, saman je ler, mati terkejut anjing pencen tu nanti.....heyheyhey.......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping