Sebelum ni, semua orang dah tahu dan semua orang dah dengar yang puak - puak Parti Angguk Saja tu enggan menjadikan Hukum Hudud sebagai Manifesto Pilihan Raya Umum.
Dan semua orang tahu yang tindakan mereka itu hanya merupakan gimik Politik semata - mata bagi mendapatkan undi dikalangan orang bukan Islam.
Diorang juga turut 'bersetuju untuk tidak bersetuju' bagi mengaburi mata pengikut - pengikut PAS yang lain agar tidak mengesyaki perbuatan diorang yang keji.
Hakikatnya, diorang yang tolak perlaksanaan Hukum Hudud tetapi menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai alasan mereka.
Apa yang peliknya, walaupun Si Ketua Penipu tu jelas menolak Hukum Hudud, dia juga turut menolak sistem Kehakiman Negara dan memperlekehkannya.
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat juga dipergunakan Anwar demi kepentingannya dalam berhadapan dengan keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.
"Kenapa nak bawa rakyat? Kita tak tahu (Anwar) bersalah atau tidak. Serahkan kepada mahkamah. Selepas keputusan, kalau bersalah pun dia (Anwar) ada ruang buat rayuan.
"Beri peluang mahkamah buat keputusan. Kita sendiri boleh baca (menilai) sama ada keputusan itu logik atau tidak, tetapi mengapa nak huru-harakan negara? Mengapa nak menyusahkan rakyat seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 2.0?
"Selama ini dia macam-macam menghina mahkamah. Itu pun dia dapat kebebasan seolah-olah dia manusia bersih dan tiada salah. Kalau (masalah) timpa atas dia, orang lain yang salah dan tuduh ini konspirasi," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.
Ini memberikan sebab yang lebih kukuh bagi puak - puak Pakatan Pembangkang untuk menjadikan perlaksanaan Hukum Hudud sebagai Manifesto mereka.
Jika mereka dah tak percayakan sistem Kehakiman sedia ada, jadi memang patut sangat la diorang buat benda tu bagi menggantikannya kelak.
KALAU diorang dapat menawan Putrajaya, mansuhkan sistem Kehakiman sedia ada sekarang dan gantikan dengan sistem Kehakiman Islam.
Dan kalau itu bukan sebab dan alasan yang kukuh, apa lagi alasan yang diorang nak bagi? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
PR terus mcm gampang weei!!
BalasPadam