Selasa, Disember 20, 2011


Ni kalau puak - puak Parti Angguk Saja tu masih nak berdiam diri bila pemimpin diorang kena balun, Semut pun tak tau apa nak cakap dah sebenarnya.

Ada pemimpin yang sanggup memperjuangkan Islam pun, diorang kritik kata dia menipu dan sebagainya. Inilah masalah sebenar puak - puak Pakatan Pembangkang ni.

Diorang bukannya nak memperjuangkan Kebenaran. Diorang lebih suka dengar pembohongan demi pembohongan dari pemimpin diorang je.

Hatta nak mendengar Kebenaran dan menegakkan Keadilan, jangan harap la. Kena maki hamun dek blogger diorang lagi ada la. Itu la yang dinamakan sebagai perjuangan Islam!!!
Nak jadi cerita, budak-budak press yang bijak korek cerita telah berjaya menjadikan proses pemilihan calon di dalam PAS Gombak terburai dari mulut Haji Saari Sungib. Tu la, jangan main-main dengan press. Lain kali, kalau tak cukup licik dan cerdik, jangan bercakap dengan press.

Akibatnya, kawan saya telefon semalam, disebarkan make believe punya auta kononnya apa yang berlaku tu perancangan JIM nak lingkupkan PAS. Senang sungguh cara depa nak tutup bangkai kawan depa. Reka cerita ikut sedap mulut kurang ajaq depa.

Memang la, boleh jadi betul boleh jadi tidak, dari dulu lagi aku rasa orang IRC pandang orang di luar kelompok depa terutama orang macam aku sebagai goyim. Depa bajet diri depa tu konon-konon chosen people la (Apa tu? Mukhtarah?)

Tapi kalau main suka hati ja nak tuduh JIM ikut sedap mulut hampa pun aku meluat jugak. Asal ada problem, tuduh JIM. Ada problem ja, tuduh JIM. Cari la hujah lain, bangang oi!

Apa orang nak tuduh Saari dan JIM, itu hampa punya pasai. Bagi aku, terburainya cerita-cerita dari mulut Saari tu adalah kebijaksanaan tak sengaja beliau. Dia bukan sengaja nak score. Tetapi dengan tak sengaja, dah terscore la pulak.

Aku ni dok tergelak sambil tulis benda ni. Kira lawak jugak kisah kebijaksanaan tak sengaja Saari tu.

Akibat terburainya cerita-cerita dari mulut Saari, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali telah mengambil tindakan disiplin terhadap dirinya sendiri. Tak payah PAS buat apa-apa, dia sendiri yang tergelejat-gelejat menghodohkan dirinya sendiri di mata begitu banyak orang PAS.

Dia cakap ikut sedap dia nak cakap ja sehingga orang-orang PAS jadi sakit hati kepadanya. Tu yang aku kata dia mengambil tindakan disiplin terhadap dirinya sendiri tu.

Sekarang, dalam Facebook, dah keluar kecaman terhadap prestasinya ketika jadi Adun Gombak Setia. Kita tak terkejut apa pun, masa dia jadi Adun Sungai Burung pun dah dengar macam-macam cerita.

Kebijaksanaan tak sengaja Saari juga mempercepatkan apa yang dijangka akan berlaku. Sebelum ni, saya dengar orang menjangkakan bahawa apabila dibubarkan dewan kelak dan sumpah laknat sebagai wakil rakyat PAS tidak lagi berkuatkuasa, Datuk Dr Harun Din akan memimpin Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa keluar TV dan media lain, mungkin dengan air mata terburai-burai, menyatakan betapa kasihnya mereka kepada PAS tetapi tak mampu lagi meneruskan... Kira sandiwara sakan la masa tu.

Rupa-rupanya tak dan bubar dewan dah buat kelaku dah. Kalau orang PAS tak bangang, patut depa terima kasih kat Saari. Bukan marah kat dia. Tapi kalau bangang, hidup la hampa dengan bangang hampa tu.

Tapi yang lebih menyebabkan kita tersenyum ialah kenyataan-kenyataan poyo seperti "Jauhi tuduh menuduh, sayangi sesama ahli". Tak payah nak auta la, dulu masa Haji Khalid Abdul Samad kena gantung, tak dak pulak cakap "kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain". Nak temberang pun, agak-agak la! - Sumber Klik Kat Sini
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping