Selasa, Disember 20, 2011


Lepas satu, satu kes main belakang ditimbulkan dek puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Maklumla, masing - masing Gila Kuasa nak memerintah Malaysia.

Pagi tadi Semut dah siarkan satu artikel dimana PAS terbukti bersikap seperti Gunting Dalam Lipatan terhadap DAPigs. Kali ni, meh baca, apa pulak agenda SinKhalid Gereja ni terhadap PKR.

Khalid Samad masih berusaha untuk menutup cerita tentang cita-cita besar DAP menguasai kerusi Menteri Besar Selangor dengan alasan-alasan remehnya. Katanya, mengapa harus DAP meletakkan calon-calon Melayu di kawasan-kawasan Melayu semata-mata untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Pada masa yang sama, Khalid Samad cuba menimbulkan polemik dan bertanya, adakah calon-calon Melayu DAP yang menang di kawasan Cina tidak boleh dijadikan sebagai Menteri Besar Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS itu sebenarnya masih lagi cuba menyembunyikan pekung yang membabitkan DAP. Umum mengetahui, DAP tidak mempunyai calon-calon Melayu dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini.

Malahan dalam DAP sendiri, satu-satunya jawatan yang disandang oleh Melayu hanyalah Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, jawatan yang sama sekali tidak penting dan tidak relevan untuk pergerakan DAP, sebaliknya sekadar retorik untuk menunjukkan kononnya DAP adalah sebuah parti yang terbuka kepada pelbagai kaum.

Kesukaran Melayu dan bukan Melayu untuk berada dalam hierarki utama DAP, jelas menunjukkan bagaimana parti tersebut mengamalkan dasar chauvinisme yang sangat menebal.

DAP tidak menyembunyikan hasrat mereka untuk bertanding di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu dengan calon-calon Melayu yang sedang dan masih dicari.

DAP tidak pernah menyuarakan hasrat mereka untuk meletakkan calon-calon Melayu di kawasan bukan bermajoriti Melayu.Bagi DAP, calon Melayu mesti diletakkan di kawasan Melayu.

Faktor itulah yang menyebabkan perebutan kerusi antara DAP-PKR-PAS bertambah meruncing. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid Samad sebenarnya sekadar untuk menutup bangkai ketamakan DAP memandangkan Khalid Samad mempunyai kepentingan yang sangat kuat terhadap DAP.

Sebagai salah seorang pemimpin kuat Pakatan Rakyat di Selangor, Khalid Samad sedar, PAS akan kalah dalam pertaruhan untuk mendapatkan lebih banyak kerusi yang akan mereka tandingi.

PAS yang tidak pernah menaruh sebarang keyakinan terhadap kemenangan mereka di Selangor, sedang bergolak hebat sekarang, gara-gara Hassan Ali yang cuba disingkirkan oleh kumpulan yang setia kepada Anwar Ibrahim dan DAP yang diketuai oleh Khalid Samad sendiri.

PKR di Selangor juga semakin lemah, ekoran pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kepimpinan parti yang memperjuangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia itu, didedahkan sendiri oleh kepimpinan parti tersebut kepada rakyat Selangor.

Perkara itu sangat disedari oleh pucuk pimpinan PKR.Walaupun di sebalik kata laungan semangat yang mereka akan dapat mempertahankan Selangor pada PRU13, sambutan rakyat Selangor yang banyak tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Khalid Ibrahim, menunjukkan kesongsangan keyakinan PKR.

Terlalu banyak masalah yang tidak ditangani oleh pentadbiran Khalid Ibrahim dengan sebaik-baiknya seperti penyelenggaran prasarana termasuklah sampah-sarap, kerja-kerja pembersihan dan jalanraya yang sangat teruk di seluruh Selangor.

Oleh kerana itulah, Khalid Samad sebenarnya tidak menaruh kepercayaan, PKR akan dapat mempertahankan PAS bersama-sama dalam Pakatan. Sebaliknya PKR sedang bergelut dengan masalah serta kemelut mereka sendiri.

Khalid Samad selaku orang nombor dua dalam PAS Selangor cuba memujuk DAP akan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi utama berbanding sekarang.Itulah sebabnya mengapa Khalid Samad berani mengatakan calon Melayu DAP yang menang di kawasan bukan Melayu juga berhak menjadi Menteri Besar.

Sebabnya mudah, Khalid Samad sedar, adalah mustahil sama sekali DAP akan sanggup menampilkan calon Melayu di kawasan bermajoriti Cina, seperti di Kinrara, apatah lagi di Sekinchan.

Malah DAP tidak akan sama sekali memberikan ruang kepada PAS untuk bertukar-tukar tempat dengan DAP.

Daripada kenyataannya, dapat dilihat bagaimana Khalid Samad sebenarnya cuba memujuk DAP agar membenarkan PAS bertanding di kawasan bermajoriti Cina dan kawasan campuran, sekaligus merampas bahagian PKR yang dijangka akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU13 akan datang.

Mungkin andaian ini kelihatan agak keterlaluan, tetapi seandainya ia melibatkan Khalid Samad, sesuatu yang mustahil, pasti akan jadi munasabah sepertimana dia memperjuangkan penggunaan KALIMAH ALLAH di kalangan penganut agama Kristian dengan ‘penolakan’ terhadap Surah Al-Ikhlas biarpun dia daripada parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Ps: Apa - apa pun, bagus sangat la diorang bertelagah sesama sendiri ni. Lebih mudah rakyat tengok keAnjalan hubungan mereka dalam Pakatan.

Baru rakyat tahu yang diorang ni sebenarnya setakat boleh berpakat untuk menipu rakyat je sebenarnya. Nak memperjuangkan rakyat? Jangan harap la. Kalau dah Gila Kuasa macam diorang ni, nak memperjuangkan rakyat menda jadahanya lagi!!!

Published with Blogger-droid v2.0.2
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. bina laaa banyak gereja dan kuil hindu di kawasan melayu dan tengok sama tak musibatnya DAPig nak letak calon melayu kawasan majoriti melayu!!!politik khalid ni orang dah faham benar dahh... tikam n tutuh dari belakang!!

    BalasPadam
  2. Dalam Islam, kalau tidak silap saya, ada hukum yang menghalalkan darah orang yang menyesatkan umat Islam atau orang yang membawa musibah kepada umat Islam. Betul tak, hai para ulama, uztaz dan ustazah sekalian?

    BalasPadam
  3. mudah mudah mati kita di golongan yg benar... amin... besama pemimpin islam... bukan pemimpin yg hanya mahukan duit dan kuasa... bini x bertudung x tegur... kita di beri akal guna sebaiknya.... cuba tengok apa ada di malaysia.. kilang arak... sapa yg luluskan pusat judi terbesar di genting siapa luluskan.,... dah tentu benda 2 haram.... habis duit yg kerajaan dapat dari sumber 2 haram ke x.... ada al quran cakap halal dari sumber 2... hasil haram masuk ke sumber halal ada otak fikir..... kalau kita benarkan bermakna kita x beriman ngn al quran.. tolak satu saja rukun iman... kafir..... right... adakah itu pemimpin ke jalan benar.... x payah tengok jauh isteri di sebelah pun adik aku dah tahu bezakan.... percayalah cakap aku dunia kau selamat la akhirat... brapa ramai kau dah pesongkn orng hasut... kau tangung la... memg kau bleh menafikan lagi.... sebab kau masih hidup... bukan kau x tau latar belakang pemimpin kau.... bukan kita x mati... right... jadi renungkanlah... bercakap hari ni jawab di kubur.... selamt di kubur... selamat di akhirt... semoga kita tergolong dalam golongan orng yg taat perintah Allah.swt....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping