Selasa, Disember 20, 2011


Walaupun nama 'Bin' mereka sama, tapi sikap dan pendirian serta hala tuju dalam perjuangan mereka jelas ternyata berbeza. Itu pun datang dari satu parti yang sama

Mana tidaknya, satu berjuang demi menegakkan Kebenaran Islam. Yang satu lagi main serkap jarang dengan membuat tuduhan yang bukan - bukan.

Sekarang, tuan punya diri dah bersuara dan meminta agar pihak satu lagi mengetengahkan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan. Apa dia nak jawab?

Itulah. Jangan suka sangat menyalahkan orang lain. Padahal, diorang sendiri yang gali lubang. Sekarang, pandai - pandai la tutup sendiri. Jangan ditimbus sekali sudah la!!!
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Exco Kerajan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mahu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengemukakan bukti bahawa beliau telah terperangkap dalam agenda Umno mahu melemahkan parti Islam itu.
“Datuk Mustafa Ali merupakan antara pemimpin yang paling senior dalam struktur organisasi parti seolah-olah secara spontan terus memberi pandangan yang begitu negatif dan berniat jahat terhadap saya.
“Beliau mengatakan saya telah terperangkap dengan perangkap Umno dan kenyataan saya sebelum ini menurutnya mempunyai kaitan rapat dengan agenda Umno untuk melemahkan saya,” katanya.
Minggu lalu, Mustafa menganggap Hasan dan bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.
Mustafa berkata, Hasan (gambar) yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.
Hasan menambah, Mustafa dengan bongkak dan sombong menggunakan autoriti dan jawatannya sebagai setiausaha agung parti melatah dan hilang arah sehingga sanggup meletakkan dirinya ke paras yang paling bawah dari sudut kewibawaan dan mengawal emosi.
“Saya mengharapkan Mustafa dapat memberitahu saya dalam masa terdekat fakta-fakta berkaitan perkara ini.
“Saya inginkan penjelasan mengenai perkara saya terperangkap dalam perangkap Umno dan juga saya terlingkung dalam agenda Umno untuk melemahkan parti beserta faktanya,” tegas Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.
Ps: Dah semakin jelas bahawa Parti Angguk Saja ni ada kepincangan dalam parti itu sendiri. Tapi, mereka masih jugak tak sedar diri. Nak jugak salahkan orang lain.

Semut pun dah banyak kali pesan. Jangan asyik suka menkaji nyamuk kat seberang laut. Selesaikan gajah yang mati depan mata tu dulu. Baru la sibuk jaga tepi kain orang lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping