Selasa, Disember 20, 2011


SHAH ALAM, 20 Dis — Sikap ‘dingin’ Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr Hasan Ali terhadap PAS sejak kebelakangan ini dikatakan ekoran kekecewaan mereka gagal dalam pemilihan Jun lalu selain ketiadaan pencalonan untuk mempertahankan kerusi negeri, demikian menurut beberapa pemimpin hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya Khalid Samad mendakwa kedua-dua Hasan dan Nasharudin mengambil sikap tidak mahu dihubungi dan tidak memberi respons kepada usaha pemimpin-pemimpin parti itu yang cuba berhubung dengan mereka.

Khalid berkata adalah sesuatu yang mengejutkan kerana Nasharudin dan Hasan membuat kecaman-kecaman keras terhadap PAS, di mana-mana kedua mereka menyokong prinsip-prinsip dan hala tuju parti Islam itu sebelum ini.

“Ada tanda soal di sini. Kami faham kekecewaan tewas dalam pemilihan. Tetapi, ia tidak harus menjadi satu isu,” katanya.

“Nasharudin merupakan seorang pemimpin parti sebelum ini. Mengapa serang sekarang? Tiada bukti yang konkrit,” kata Khalid (gambar) pada sidang media di sini hari ini.

Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan Jun lalu.

Nasharudin bersama Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.

Ps: Secara sedar atau tidak, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Gereja ni terhadap Datuk Dr. Hassan Ali hanya membuktikan bahawa dia memang ada niat nak balas dendam.

Sewaktu dulu, ketika dia digugurkan dari saf kepimpinan Negeri, macam orang Gila dia meroyan tak tentu arah menunding jari, mengutuk dan mengeji Datuk Dr. Hassan Ali.

Macam - macam kesalahan Dr. Hassan Ali dikorek dek Si Khalid Gereja ni satu persatu sampaikan yang turut dituntut dalam Islam pun jadi bahan kecaman dia juga.

Mana tidaknya. Ketika Dr. Hassan Ali merampas arak dikawasan majoriti penduduknya Islam, dia yang tampil kehadapan membantah tindakan tersebut.

Ketika isu berkaitan dengan pekerja Islam bekerja dipremis menjual arak pun, dia jugak yang menjadi juara mempertahankan kenyataan Ronnie Liu agar perkara tersebut tidak dipertikaikan.

Malah, ketika isu pemurtadan umat Islam yang berlaku dalam bulan Ramadhan tempoh hari pun, dia jugak orang pertama membantah tindakan JAIS yang melakukan pemeriksaan di DUMC.

Tapi, selepas dia dilantik semula menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, dia terus senyap. Terus dia jadi bisu. Tak de dah benda yang dia nak pertikaikan.

Nak pulak sejak Datuk Dr. Hassan Ali gugur dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Sebab apa dia senyap? Sebab dia dah dapat apa yang dia nak selama hari ini.

Dia nak kuasa. Itu sahaja. Bukan dia nak memperjuangkan syariat Islam atau menegakkan syariah serta mengembangkan dakwah Islamiah dikalangan masyarakat di Malaysia ni.

Jadi, tak payah la dia nak cerita yang orang lain rasa kecewa sebab tak dapat dicalonkan semula atau tak dapat jawatan dalam parti. Dia dulu pun sama je. Lagi teruk lagi ada.

Sekurang - kurangnya, Datuk Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa takde la kutuk pemimpin PAS. Tak macam dia. Serang selagi boleh, sampaikan peribadi pun turut menjadi bahan serangan. Inikan pulak bab nak menegakkan Islam. Perjuangan Islam Kepala Tengkorak dia macam tu!!!

Published with Blogger-droid v2.0.2
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Terbaekk arr semut hitam, setuju sgt statment2 kt atas nie. Sya menghormati pendirian dan ketegasan dr. Hassan ali dlm memperjuangkan agama islam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping