Ya!!! Si Fuziah Thoron ni dah kembali memutar belitkan isu berkaitan dengan pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng dengan tragedi di Fukushima.
Kata dia, kejadian di Fukushima itu boleh berlaku di Gebeng seandainya pihak Kerajaan membenarkan kilang Lynas dibina dikawasan tersebut.
Dakwaan dia tu dah mendapat bantahan dan dijelaskan oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli yang juga merupakan seorang Pakar Nuklear.
Dr. Che Rosli kata, Si Fuziah ni dah menyelewengkan fakta dengan mengaitkan kilang Lynas tu dengan reaktor Nuklear kerana ianya jauh berbeza.
Walaubagaimana pun, dia tetap tak nak mengaku. Dia kata dia tak pernah bangkitkan isu tersebut sebelum ini. Maknanya, dia nak kata yang Dr. Che Rosli tu menipu.
Sebelum ini jugak, Si Fuziah Thoron tu kata yang di Australia tak de kilang memproses nadir bumi ini dibenarkan oleh Kerajaan untuk dibina.
Dan kata dia, Australia juga tidak ada kilang seumpama itu di Negara mereka. Mereka menimbulkan persepsi mengatakan hanya Malaysia sahaja yang bodoh nak bina kilang tu.
Yang peliknya, kenapa dia keluarkan kenyataan dibawah sedangkan dia sendiri kata di Australia tak de kilang seumpama itu dibina?
KUANTAN, 2 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar)menggesa kerajaan ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi.Menurutnya, ini disebabkan kandungan radioaktif pada sisa pejal di Mt Weld ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan terhasil kilang itu di Gebeng ialah pada kadar 6 Bq|g.Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut.“Bukan itu saja, dalam jarak 30 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak wujud penduduk di sana sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk.“Sementara dalam jarak 25 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan Lynas di Gebeng terletak di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi daripada paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng.“Lynas Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama,” katanya.
Dah nampak sangat yang Si Fuziah ni memang suka cakap berbelit - belit, sebijik macam biawak. Dasar manusia suka menipu. Itu je la kerja dia pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.