Ahad, Disember 25, 2011


Hahaha!!! Kalau masuk kali ni, bermakna dah dua kali Si Mustafa Ali ni terkencing dengan tuduhan yang dia buat sendiri.

Kalau hari tu dengan isu DUMC bila dia cuba kaitkan hubungan UMNO dengan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak JAIS.

Dia dengan secara tak sengajanya dah membogelkan Parti Angguk Saja tu kerana dilihat GAGAL menjadi penghalang kepada agenda memurtadkan umat Islam.

Sebaliknya, dia telah menaikkan nama UMNO sebagai pembela akidah Umat Islam dengan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa dia ada bukti.

Bermakna, dia ada bukti yang mengatakan bahawa UMNO ni bertanggungjawab menjaga maruah umat Islam dan terlibat dalam pemeriksaan JAIS.

Berbeza dengan PAS yang hanya cakap je nak memperjuangkan Islam, tapi, satu hapah pun dia tak buat sampaikan isu memurtadkan umat Islam pun diorang tak mampu cegah.

Kali ni, Si Mustafa Ali sekali lagi terkencing dalam seluar selepas GAGAL menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Datuk Dr. Hassan Ali terhadap dirinya.

Kata Dr. Hassan Ali, Setiausaha Agung PAS ni juga ada niat untuk berjumpa dengan pemimpin UMNO. Tapi dituduhnya Hassan Ali yang kena perangkap.

Bila didakwa sedemikian, dia tak nak pulak jawab. Kononnya, kata Mustafa, isu tu dah tak de kaitan sebab Hassan Ali tak serang PAS.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas tuduhan Datuk Dr Hasan Ali yang beliau mahu berjumpa pemimpin Umno.
Orang kuat PAS itu memberi alasan bekas pesuruhjaya PAS Selangor sudah tidak lagi menyerang PAS.
“Dia (Dr Hasan) sudah berhenti lawan PAS,  saya pun berhenti cakap.
“No komen,  biar dia kata apa pun. Kalau dia nak bercakap, biarlah dia bercakap,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Hasan bahawa setiausaha agung PAS itu mahu berjumpa pemimpin Umno.
Kan pelik? Apa yang didakwa oleh Hassan Ali tu ada kaitan dengan dia yang nak sangat jumpa dengan pemimpin UMNO. Sekarang bukan isu pasal Hassan Ali.

Ahli PAS perlu tahu, sebab apa Setiausaha Agung PAS ni sibuk - sibuk nak jumpa dengan pemimpin UMNO? Atas arahan siapa dia nak pergi jumpa?

Itu soalannya. Apa pulak kena mengenanya serangan Hassan Ali terhadap PAS? Tak de kena mengena lansung dan jawapan yang dia bagi tu hanya alasan semata - mata.

Hakikatnya Si Mustafa Ali ni dah takut bila diungkit mengenai isu tersebut. Jadi, dia bagi la alasan yang bukan - bukan. Lain kali, kalau dah tau tau menipu, jangan buat la Mustafa oi!!! Nanti buat malu diri sendiri je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping