Haih!!! Lain macam pulak bunyinya Si Nurul Izzah ni. Ingatkan puak - puak DAPigs tu je yang suka main bogel - bogel sayang ni. Rupanya, dia pun sama.
Kalau sebelum ni, puas puak - puak DAPigs tu maki hamun Si Ketua Penipu tu selama dia berada dalam UMNO dan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Malah Si Godfather Karpal dan juga Si Biawak Guan Eng tu siap desak lagi pihak Kerajaan agar mengenakan tindakan terhadap dia kerana didakwa meliwat.
Maknanya, habis semua cerita buruk Si Ketua Penipu tu didedahkan kepada rakyat dan juga ahli - ahli parti mereka. Kira dah habis bogel dah tu bila diorang buat tuduhan tersebut.
Tapi, sekarang lain pulak. Diorang bukan sahaja sayang pada Si Ketua Penipu tu. Malah diorang juga sanggup untuk menjadikan dia sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kiranya, dulu diorang dah bogelkan Si Ketua Penipu tu. Tapi sekarang sayang pulak bagai nak gila. Tak kira la, walaupun dia kena penjara sekali pun, mereka tetap akan sokong dia.
Punya sayang ye tak? Jadi senario yang sama jugak turut dilakukan oleh anak kepada Si Ketua Penipu tu sendiri.
Dulu, masa Perhimpunan Bershit 2.0 pimpinan Ambiga tu berlansung, berbakul - bakul maki hamun dihamburkan kepada pihak Polis.
Kata Si Nurul Izzah ni, pihak Polis kejam, tak berperikemanusian, zalim dan juga bertindak keterlaluan serta membahayakan keselamatan orang awam.
Macam - macam tuduhan yang telah dilemparkan kepada pihak Polis masa tu. Nak pulak bila dia dakwa Polis 'tembak' gas pemedih mata dalam kawasan tertutup dan kena pada Papanya.
Sekarang, lain pulak ceritanya. Si Nurul Izzah tu dah tak maki hamun pihak Polis dah. Bagi dia, pihak Polis ni baik dan perlu dibantu. Hanya PR je yang boleh tolong, kata dia.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, pentadbiran Barisan Nasional (BN) disaran tidak meminggirkan kakitangan awam berpangkat rendah.
“Polis dan tentera dikecualikan dalam SBPA dan kita akan memberikan penerangan kepada mereka mengenai perkara ini. PR akan bantu polis dan tentera,” katanya.
Ini bukan sebab apa. Semua taktik nak mengelakkan Papa dia daripada dilayan dengan buruk sewaktu dalam Penjara nanti.
Satu lagi, ianya sebagai taktik untuk meraih undi sebab Pilihan Raya pun dah nak dekat. Jadi dia ingat pihak Polis tu boleh lupa sumpah seranah yang pernah disebutkan dulu gamaknya.
Sudah - sudah la. Kalau setakat nak berjuang demi mendapatkan nama serta sokongan, baik tak payah Nurul oi!!! Itu bukannya nak memperjuangkan rakyat. Itu nak memperjuangkan diri sendiri!!!
ada udang di balik kerudung
BalasPadam