Dah nak masuk tengahari ni, Pak Timbalan Menteri masih mengigil? Apa benda yang dia dah buat? Kenapa pulak dia nak menggigil tetengahari buta ni?
Oh! Rupanya dia dah kena 'sound' dengan Menteri Pertahanan supaya jangan berlagak sangat nak tunjuk yang dia bagus, tapi hakikatnya memang tak boleh pakai.
Kata Datuk Dr. Zahid Hamidi, pemimpin di peringkat Kementerian Pengajian tinggi tidak sepatutnya berlembut dengan tindakan Mahasiswa yang melampaui batas.
“Kita harap tiada lagi timbalan menteri yang bersimpati dan kononnya mahu menjaga kebebasan bersuara dengan menyokong pelajar berkenaan atau mana-mana timbalan menteri yang mahu membela kumpulan ini atas dasar mahu membela nasib mahasiswa.
“Kita kena ingat, kerajaanlah yang selama ini membela nasib semua pihak termasuk mahasiswa. Janganlah hendak menjadi hero dalam isu-isu tertentu tetapi akhirnya ia hanya mengeruhkan keadaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan perayaan sempena Krismas kepada penganut agama Kristian di sini hari ini.
Tapi, memang patut sangat Pak Timbalan Menteri ni kena sound. Biar dia beringat sikit. Bukan semua orang nak ikut agenda Politik Baru yang dia bawak.
Kalau setakat dalam Politik Baru tu menggariskan bahawa setiap pemimpin tak perlu bertanggungjawab macam dia, alamat hancur la Negara.
Macam mana seorang pemimpin yang mempunyai pendidikan yang tinggi boleh bersetuju nak terima memorandum tapi sekadar melepaskan tangan begitu sahaja?
Dia dah pergi ke PWTC untuk terima memo tu, tapi dia tak pastikan yang budak - budak mahasiswa tu bersurai. Dia biarkan sahaja diorang dibangunan tersebut.
Adakah itu yang dikatakan sebagai bertanggungjawab? Kalau setakat jadi pemimpin je tak guna Pak Timbalan menteri oi!!! Kena la ada tanggungjawab.
Kalau tak de tanggungjawab, maka jadi la Pak Timbalan Menteri macam pemimpin Pakatan Pembangkang tu. Diorang benda lain tak tau buat. Asyik menipu rakyat je kerjanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.