Jumaat, Disember 23, 2011


Wah!!! Lain macam penyengat Si Nurul Izzah ni sekarang. Sampai dapat peluru percuma dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Tapi, apa ceritanya? Meh baca kat bawah ni:
Tak lama dulu si Nurul Izzah kecoh-kecoh bahawa dalam daftar pemilih ada pengundi bernama Balai Polis Kerinchi di Lembah Pantai. Isy, biar betul? Apa lagi kata Nurul Izzah? Menurut beliau, no Kad Pengenalan pengundi tersebut, RF161872, dipunyai oleh Mohd Faizul Mohd Yusop tapi dalam daftar pemilih nama yang keluar ialah Balai Polis Kerinchi. 
Apa pula kata SPR? SPR mengaku ada kesilapan perkeranian di mana alamat bertugas pegawai polis berkenaan diletakkan di ruang nama. SPR juga meminta mana-mana pihak yang menemui kesilapan untuk memaklumkan kepada SPR untuk tindakan pembetulan.
Oooooooh, gitu rupanya. Senang je jawapannya. 
Tapi seperti biasa, Nurul Izzah mana nak ikut prosedur. Sepatutnya bila jumpa kesilapan, terus maklumkan kat SPR, tapi dia ni terus melolong keliling kampung, “Pengundi hantuuuuu …. Pengundi hantuuuuu!!!” Lepas dah kecoh-kecoh baru nak mengadu kat SPR.
Nurul, tujuan daftar pemilih dipamerkan memang sebab nak kesan kesilapan seperti ini. Sebab SPR tahu, bila berjuta-juta nama didaftarkan, ada kemungkinan berlaku kesilapan.  Memang dah jadi tanggungjawab semua untuk semak dan maklumkan kepada SPR bila berlaku kesilapan. Yang taip nama tu pun manusia, jadi sebagai manusia memang tak boleh lari dari silap dan salah.
Tapi Nurul & Papa Perut Buncitnya termasuk dalam golongan orang yang maksum, tak pernah buat silap. Bila Nurul promosi arak, tu memang sengaja buat, bukan silap. Bila Papa Perut Buncit celup-celup dalam China Doll & Saiful, tu memang sengaja buat, bukan silap.
Tapi  bila ada kerani SPR tersilap taip, memang tak boleh nak dimaafkan langsung! Kalau diikutkan si Nurul, agaknya mau kena sembelih kerani SPR tu.
Dalam hal ni, aku pun nak nasihat juga sikit kat SPR. Kita memang dah tahu, Pakatan Haprak dari dulu sampai sekarang kerjanya memang nak cari salah kerajaan. Hatta, salah taip pun habis dijaja seluruh Malaysia kononnya ada penyelewengan. Jadi, kalau boleh SPR tolonglah semak betul-betul sebelum keluarkan daftar pemilih. Kita tak nak kerana kesilapan kecil, habis rosak reputasi SPR. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kalau tak percaya, tengoklah bila Nurul kalah pilihanraya di Lembah Pantai nanti, confirm dia takkan mengaku bahawa dia sebenarnya telah ditolak oleh pengundi Lembah Pantai, sebaliknya dia akan cuba tagih simpati kononnya kalah kerana pengundi hantu. Sumber dari blog Apa Kecoh?
Ps: La! Apa nak kecoh. Si Nurul Izzah tu pun dah memang terkenal dengan kekecohan dia. Dia memang kaki kecoh. Sebab dia suka kecoh tu la yang buat dia jadi pemimpin.

Lagi pun, Si Nurul Izzah ni bukan reti buat kerja. Selama hari ni, dia selamat duduk bawah ketiak Papa dia je. Jadi, apa sangat la yang dia tau buat selain dari buat kecoh dan menipu rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. kalau tak kecoh makan bukan NURUL IZZAH BINTI ANWAR LAH TU

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping