Jumaat, Disember 09, 2011



Dalam sidang dewan hari ini, ada satu perkara yang amat menarik berlaku dalam sesi membahaskan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar baru - baru ini.

Ketika sesi tersebut, wakil rakyat dari kawasan DUN Kuala Semantan mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah membentangkan bajet berimbang.

Beliau juga turut menyentuh mengenai perkembangan sukan dimana ianya dapat membantu pembangunan sukan Negeri dan juga menaikkan nama baik Negara.

Selain itu, beliau juga turut menyeru agar pihak Kerajaan Negeri membantu memperbaiki mutu pasukan bolasepak Negeri yang kelihatan semakin merundum sejak akhir - akhir ini.

Dalam bidang ekonomi, YB Kuala Semantan juga turut menyentuh mengenai penternakan Lembu dan berharap agar ianya dapat dijadikan sebagai salah satu tarikan.

Kata beliau, Pahang mampu menjadi contoh kepada Negeri lain dalam sektor penternakan ini selain ianya dapat membantu rakyat mengusahakannya dimasa akan datang.

Yang lebih menarik ialah apabila beliau memuji keprihatinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sudi membiayai pembinaan masjid baru di Daerah Temerloh.

Ucapan ribuan terima kasih telah disampaikan bagi seluruh ahli PAS kawasan Temerloh diatas bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat.

Pujian tersebut adalah wajar kerana ia menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat sangat mengambil berat terhadap hal ehwal agama di Negeri ini kata beliau.

Tambah menarik, apabila beliau turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Barisan Nasional bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Kalau ada perkara - perkara yang berkaitan dengan rakyat seperti bantuan banjir dan sebagai contoh, PAS kawasan Temerloh sudi untuk memberikan kerjasama sepenuhnya.

Dalam hal ini, kata beliau, tak kira sama ada pihak Kerajaan atau pun PAS perlu bersikap terbuka dan sedia bantu membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Atas dasar itu, ramai wakil rakyat lain yang mengusik beliau dengan mempelawa untuk menyertai Barisan Nasional. Ucapan dan perbahasannya tak seperti orang PAS lain.

Walaubagaimana pun, beliau menolak cadangan itu buat masa ini. Tapi esok lusa belum tentu lagi katanya. Kalau tak masuk, menyokong pun jadilah, kata MB Pahang sambil berseloroh.

Keadaan seperti inilah yang rakyat nak tengok. Kerjasama demi rakyat mampu dijalin tanpa mengira parti. Yang penting, rakyat tu didahulukan.

Bukan macam pemimpin PAS yang lain. Diorng tau asyik nak mengutuk Kerajaan je. Tapi bila suruh buat, tak mampu pulak. Dah la tu. Jangan kata nak tolong, tolong kutuk pandai la.

Macam mana Negara nak maju kalau dah semua benda nak dijadikan bahan pertikaian dek puak - puak Pakatan Pembangkang ni? Konon nak bantu rakyat, tapi HAPAH pun tak buat. Perangai pulak macam sial!!! Nak bantu rakyat menda kejadahnya kalau macam tu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. mahu pengsan nabi PAS bila dengar berita ni>> celako mu!!..celako mu...!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping