Jumaat, Disember 09, 2011


"Dia ni dah tak de kerja lain ke? Bukan dengan rakyat je ditipunya. Habis dengan ahli - ahli sekali ditipunya hidup - hidup."

Demikian ungkapan seorang rakan Semut sewaktu kami duduk minum malam semalam. Semut tanya, siapa dia yang beria - ia sangat dimarahnya ni?

Kata dia, "Siapa lagi kalau bukan Si Khalid Samad tu. Ada ke dia kata PAS Selangor buat laporan dalaman untuk 'worse case scenario'."

Apa masalahnya kalau dia buat laporan macam tu? Sekurang - kurangnya ia dapat menduga apa yang bakal berlaku kelak.

Jawapan dari sahabat Semut tu, "Boleh tu memang la boleh. Tapi buat apa nak diumumkan kepada 'Public'. Laporan ni sepatutnya disimpan dalam parti je."

Soalnya sekarang, macam mana maklumat berkaitan dengan parti tu boleh terlepas keluar? Persoalan itulah yang diajukan oleh rakan Semut.

"Bila ada laporan seperti ini dibuat, bermakna PAS Selangor yakin yang mereka akan kalah. Jadi sebab tu la diorang buat laporan macam ni."

Agak - agak korang untuk apa diorang buat laporan tersebut? Kata sahabat Semut ni, diorang buat macam tu untuk tentukan kedudukan diorang dimasa akan datang.

Dalam laporan tersebut, katanya ada terkandung elemen 'menyeberang' atau dalam ertikata lain menyertai Barisan Nasional.

Kemungkinan itu timbul memandangkan PAS Selangor mendapat kecaman hebat dari kalangan ahli - ahli mereka sendiri.

Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh ahli - ahli tentang dasar serta prinsip perjuangan PAS selama mereka berkongsi kuasa dengan DAPigs dan PKR di Selangor.

Janji - janji yang dibuat sebelum ini untuk mengurangkan aktiviti maksiat tidak dapat dibendung. Apatah lagi dengan penjualan arak.

Malah masalah rumah - rumah urut yang kian tumbuh bagai cendawan selepas hujan pun tak mampu dijawab oleh wakil rakyat mereka dalam sidang DUN.

Jadi, alternatif yang diambil adalah bagi mewujudkan kerjasama dengan Barisan Nasionl, tetapi dengan syarat mereka pegang kuasa Menteri Besar.

Apa yang dijelaskan oleh sahabat Semut ni masuk akal jugak kalau difikirkan. Tinggal lagi, Semut tak pasti sama ada ianya betul atau tidak.

Namun spekulasi itu memang wujud. Kecelaruan didalam PAS hari ni pun membuktikan bahawa spekulasi itu benar. Lagi pun, PAS Selangor yang ada hari ni bukan boleh harap sangat. DIorang tau bercakap je, buatnya tak reti!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Itulah PAS, menang kerusi ala kadar aje... Tapi nak jadi MB... Gilo kuasa...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping